PILIHAN EDITOR: BVLGARI MAN WOOD ESSENCE

Hubungan lelaki dengan alam semulajadi dan hutan konkrit yang dihuninya menjadi ilham di sebalik karya olfaktori yang segar ini

Mencari wangian istimewa sempena musim perayaan yang bakal tiba? Dengan taruhan ramuan-ramuan semula jadi yang mewakili simbiosis antara nature dan bandar moden, Bvlgari Man Wood Essence menjadi antara wangian paling menyerlah tahun ini.

What does it smell like? Harumannya amat natural. Sungguhpun hadir sebagai EDP, ia tidak terlampau pekat. Aroma kekayuannya jelas dengan sentuhan sitrus yang dapat dirasai di permukaan wangian. Memetik kata perekanya, Alberto Morillas, “(Haruman ini) maskulin tapi bukan macho. Maskuliniti di sini lebih natural, berpendidikan, punya daya tarikan, dan intriguing.” Dalam erti kata lain, haruman ini amat kontemporari dan urban.

Secara peribadi, apa yang saya hargai pada Bvlgari Man Wood Essence ialah ia cukup segar untuk dipakai di siang hari, tapi aspek kekayuannya pula membolehkan ia dipadankan dengan persalinan di waktu malam. Kasual dan, pada masa yang sama, formal. Kerana baunya amat semula jadi. Seolah harmoni dengan bau natural kulit kita.

Didukukung kempen yang bertemakan #CitizenOfNature, Bvlgari Man Wood Essence mengajak lelaki untuk ‘reconnect’ dengan persekitarannya. Bak kata Nick Bateman, wajah kempen ini, “Wangian ini untuk lelaki yang boleh mengenalpasti apa ‘nature’ atau alamnya. Jadi, untuk seseorang yang biasa hidup di bandar, maka bandarayalah ‘alam’-nya. Untuk yang selesa duduk di luar bandar, maka itulah ‘alam’-nya.”

Nick Bateman, di pelancaran haruman Bvlgari Man Wood Essence yang berlangsung di London

Bagi yang kurang mengenalinya, Nick Bateman pernah menjadi wajah kempen Abercrombie & Fitch, di mana rupa parasnya – yang dirakamkan oleh lensa Bruce Weber – pernah menghiasi beg kertas A&F selama dua setengah tahun. Antara kempen lain dalam portfolionya termasuk Calvin Klein, Jockey, Guess, juga editorial fesyen untuk L’Officiel Homme, Cosmopolitan dan majalah Rogue.

Berketinggian 6’ 4”, Nick Bateman yang berasal dari Kanada sebenarnya mula menempa nama sebagai atlet seni mempertahankan diri dan merupakan pemegang empat gelaran dunia daripada Liga Black Belt Kebangsaan Amerika Syarikat. Pernah memiliki sekolah karatenya sendiri, selain bergelar model dan aktor, Bateman yang berusia 31 tahun kini gigih membina jenama dirinya selaku seorang influencer, ekoran jumlah pengikut Instagram yang sudah mencecah lebih 6 juta. (Mengalahkan bilangan pengikut model-model ternama seperti David Gandy, Jon Kortajarena dan Lucky Blue Smith!). Skil handal Bateman bermain dengan bo staff, senjata pilihannya, antara post paling popular di akaun IG @nick__bateman.

“Seperkara lagi, biasanya kita punya wangian berbeza untuk siang dan malam, atau untuk ke kota berbanding beriadah ke desa atau outdoors. Saya fikir Bvlgari telah berjaya mencari satu keseimbangan antara itu semua. It hits the perfect middle ground. Jika anda memakainya di dalam hutan, baunya tidak membayangkan diri kamu dalam sepasang sut yang segak. Begitu juga sebaliknya, jika memakainya di bandar, tak terbayang diri kamu berada di dusun atau di desa. Kerana Bvlgari Man Wood Essence cukup natural dan versatil. I can wear this any time, any where.

 


Bvlgari Man Wood Essence
Nota atas: Sitrus Itali, daun ketumbar
Nota tengah:  Kayu Cypress, vetiver Haiti
Nota dasar: Kayu Cedar, resin dan nota-nota akuatik

 

Bvlgari Man Wood Essence EDP, 60ml RM291.50 & 100ml RM391.50

 

oleh Abdul Aziz Draim

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.