DAPATKAN OTOT LENGAN IDAMAN TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG ALATAN

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Buat lelaki, saiz otot lengan menjadi indikasi kecergasan dan stamina mereka. Bagi mereka, memiliki otot lengan yang besar dan mampan membuatkan mereka kelihatan lebih menonjol, kacak dan menjadi perhatian khususnya buat wanita yang memandang.

Namun, tidak semua berupaya untuk mendapatkan otot lengan idaman, tambahan pula jika mereka tidak berkelapangan untuk ke gim mahupun tidak mempunyai sebarang alatan.  Jangan risau! Sebenarnya ada caranya untuk mendapatkan otot lengan idaman, dengan tanpa menggunakan sebarang alatan. Dapatkan otot lengan idaman tidak semestinya perlu menggunakan dumbell semata. Bagaimana? Teruskan membaca..

1.PUSH-UP

Senaman klasik pastinya tidak asing lagi bahkan terbukti berkesan. Senaman ini berfungsi untuk melatih membentuk otot dada, bahu, dan otot trisep. Selain senaman asas dalam membentuk otot, ia juga turut melatih merangsang stamina dan kekuatan dalaman anda, namun perlu melakukannya dengan betul.

Pastikan anda menempatkan tangan di lantai dengan kaki masing-masing yang sejajar dengan kedua tangan kamu. Kemudian secara perlahan turunkan tubuh sampai dada hampir menyentuh lantai. Jaga bahagian siku agar tetap berada di samping tubuh untuk melindungi bahu.

(Photo credit: T Nation)

2. PUNCH

Cara membentuk otot lengan yang sewajarnya anda aplikasikan di rumah adalah adalah teknik punch atau meninju. Jika anda perhatikan peninju-peninju, mereka pasti berlatih dengan melakukan shadow boxing, iaitu latihan menumbuk tanpa ada sasaran di hadapannya. Ya, senaman ini sebenarnya terbukti untuk melatih koordinasi dan kekuatan tangan anda.
Boxing_Men_training_back_464422

3. ARM CIRCLE

Tetap tanpa menggunakan sebarang alatan, teknik ini juga sangat mudah dan sesuai dilakukan walau dimana sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan berdiri dalam posisi tegak, depa dan rentangkan kedua belah tangan, kemudian  utar kedua tangan anda menyerupai huruf ‘O’. Lakukan latihan ini sebanyak 20 kali dalam 4 set.
5189858_orig

Wan Mohd Firdaus, 20 Februari 2017

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.