DITIMPA KECELAKAAN, BUKAN PENGHALANG SYED FAISAL UNTUK KEKAL KONSISTEN

Dirinya pernah ditimpa kecelakaan dan ‘melumpuhkan’ pergerakan, sehingga diwadkan. Pada waktu itu, dia lemah namun itu bukan penghalang untuk bangkit semula. Dengan keazaman yang masih berbaki, Syed Faisal buktikan tiada apa yang mustahil. Bagi dirinya, ‘kesakitan’ dirasai hanya bersifat sementara, dan memiliki tubuh yang sihat lagi bertenaga satu-satunya pencetus keyakinannya. Oleh itu, jom ikuti temubual GLAM Lelaki bersama pemuda atletik ini.

GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan serba sedikit tentang diri anda?

SYED FAISAL: Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada penulis glamlelaki.my kerana sudi menemubual dan menjalankan sesi pengambaran dengan saya. Baiklah, nama saya Syed Ahmad Faisal Aljofry , berumur 21 tahun dan berasal dari Damansara. Saya gemar melakukan beberapa extreme sports dalam mengisi masa lapang seperti paintball, rock climbing dan lain-lain. Selain tu saya juga meminati bidang fotografi termasuklah kecergasan. Kini aktif dalam modeling dan personal training termasuk dalam bidang perniagaan.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia kecergasan?

SYED FAISAL: Dulu saya aktif menyertai pelbagai sukan outdoor, kemudian suatu hari kawan-kawan ada ajak ‘main’ gim. Selepas beberapa minggu, saya mula ‘jatuh cinta’ dengan aktiviti ini sehinggalah sekarang bagi mengekalkan tubuh agar terus fit dan cergas.

Tubuh ‘keding’ Syed Faisal suatu ketika dahulu.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?

SYED FAISAL: Ya, dahulu saya boleh dikategorikan seorang yang sangat kurus. Badan susah nak naik, apatah lagi tidak yakin apabila berhadapan dengan orang. Selepas mula aktif di gim sejak empat tahun lepas, perubahan badan mulai nampak sangat ketara, sehinggakan ada yang menegur dan meminta tip. Berbanding dulu, gaya hidup saya turut berubah. Tiada lagi membuang masa tanpa berbuat apa-apa. Saya akan pastikan diri saya aktif di gim untuk meningkatkan tahap keyakinan diri dan kesihatan badan.

GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan rutin kecergasan harian anda?

SYED FAISAL: Rutin saya bergantung kepada masa lapang saya, kadang-kadang jika saya teramat sibuk, saya akan pergi gim 3 kali seminggu kemudian saya akan buat “compound movements”. Saya juga akan cuba cari masa untuk kardio. Biasanya rutin kecergasan saya adalah pada isnin, upper body (strength); selasa pula saya fokuskan pada lower body (strength); rabu untuk push (hyper), khamis pula pull (hyper) dan jumaat lower (hyper). Untuk sabtu dan ahad saya memilih untuk rehat. Dengan rutin harian saya ini, saya dapat maintain tubuh saya ini. Dari segi pemakanan, saya kurangkan makanan berminyak dan minuman yang mengandungi gula berlebihan, Yang pasti, saya akan makan dengan kandungan yang sikit tapi banyak kali dalam sehari.

GLAM Lelaki:  Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan?

SYED FAISAL: Idola saya ialah Jeremy Buendia kerana dia ada dalam kategori Men’s Physique , dan katergori itu lah yang saya ingin menceburi dan dia juga johan dalam pertandingan bina badan Olympia. So I have so much respect to him.

GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?

SYED FAISAL: Dalam tempoh 5 tahun akan datang, saya melihat diri saya menjadi seorang usahawan yang memberi inspirasi terutamanya kepada anak muda untuk berjaya dalam bidang kecergasan .

GLAM Lelaki: Kenangan dan pahit manis dalam dunia kecergasan ini.

SYED FAISAL: Kenangan paling pahit adalah apabila saya mengalami kemalangan motor suatu ketika dahulu sehingga tulang selangka (collarbone) saya patah. Jadi saya tidak dapat untuk bersenam untuk beberapa bulan dan tubuh badan saya pun mengecil. Kesannya pula hinggalah sekarang, sehinggakan adakala saya takut untuk mengangkat bebanan atau dumbell yang terlampau berat. Risaukan sesuatu yang buruk akan berlaku. Namun saya gagahkan jua dengan mindset. Setiap kali nak angkat berat saya akan pastikan ada kawan-kawan standby untuk memberi sokongan di sisi saya. Selepas saya pulih, saya perlu mula balik dari awal. Dan kenangan paling manis ada apa bila saya bersenam sampai satu tahap body fat percentage saya jatuh ke 3.2% dan muscle mass saya dalam 33-35 kg.

GLAM Lelaki: Nasihat buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?

SYED FAISAL: Banyakkan membaca dan memahami teknik-teknik yang betul, buka minda anda untuk menerima ilmu yang baharu daripada orang sekeliling yang pakar dalam bidang tersebut dan rajin kan diri untuk mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru.  Yang paling penting sekali, berani untuk  keluar dari zon selasa anda.

Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram @ arazzsrazzswill | Pakaian: UNDER ARMOUR Fall Winter 2017 @underarmourmy | Lokasi: Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam / @xclusivefitnesz

# Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Kapsul GL Zero2Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.

 

 

Tags: , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.