Skip to content

DOUBLE THE TROUBLE: LUQMAN & HANAFI RASHID SEDIA TAWANI DUNIA BUSINESS & FITNESS

Kongsikan artikel ini

There are new hot twins in town! Lahir dengan rupa dan fizikal boleh dibanggakan, Luqman dan Hanafi Rashid semestinya pasangan kembar yang tidak boleh GLAM Lelaki lepaskan. Laman sosial Instagram menemukan penulis dengan mereka. Biar berkongsi gen, fizikal malah minat sama, kedua mereka unik dengan aura dan gaya bersahaja, walau berbeza 30 minit pada saat kelahirannya. Khabarnya, ini merupakan percubaan pertama kali buat keduanya tampil secara eksklusif dalam mana-mana media, apatah lagi untuk beraksi di hadapan lensa kamera. Walau sedikit kekok di awal pengambaran, namun Luqman dan Hanafi berjaya memberikan yang terbaik. Oleh itu, jom ikuti temubual eksklusif penulis bersama Luqman dan Hanafi Rashid tentang misi mereka dalam tawani dunia perniagaan dan kecergasan.

Hanafi (Kiri) / Luqman (Kanan)

GLAM Lelaki:  Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda berdua?

LUQMAN & HANAFI RASHID: Pertama sekali kami berdua ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat penulis GLAM Lelaki kerana sudi menemubual kami. Baiklah, nama saya Luqman Rashid dan ini kembar saya, Hanafi Rashid. Kami berdua lahir pada 7 Februari 1997 di Singapura, namun kami berdua sudah menjadi sebahagian dari warnanegara Malaysia sejak berumur 18 tahun. Kami berdua memiliki sebuah syarikat dropship sendiri iaitu Pablo Business. Malah kami berdua turut memiliki hobi yang sama, iaitu bermain gim, futsal dan bola sepak.

Luqman (Kiri) /  Hanafi (Kanan)

GLAM Lelaki: Anda berdua masih muda namun sudah memiliki perniagaan sendiri. Boleh kongsikan dengan pembaca tentang perniagaan kalian, Pablo Business.

LUQMAN & HANAFI RASHID: Pablo Business adalah sebuah dropshipping and online business company di mana kita membekalkan 20 jenis produk yang tengah trending dalam Malaysia sekarang. Jadi kita buka peluang kepada anak-anak muda yang nak jadi dropship untuk menjual antara barang barang yang kita supply dan mereka juga akan dapat online dan face to face coaching di mana kita ajar cara pemasaran atas talian, cara meningkatkan jualan dan kembangkan perniagaan atas talian.  Setakat ni alhamdulillah, perniagaan kami boleh dikatakan berjalan lancar dan amat menguntungkan. Boleh ikuti laman Instagram @realpablobusiness untuk informasi lanjut.

GLAM Lelaki: Walaupun sibuk dengan perniagaan, kalian nampak tegap dan sihat. Kongsikan dengan kami bagaimana anda berdua membahagikan masa antara perniagaan dan prospek untuk dapatkan tubuh idaman?

LUQMAN & HANAFI RASHID: Walaupun sibuk dan setiap hari perlu ke pejabat, rutin sebelah petang atau malam memang kami luangkan untuk ke gim. Kami berdua pula berkongsi jadual harian yang hampir sama, jadi memang perlu berpegang kepada jadual tersebut, barulah boleh mendisiplinkan diri. Bagi kami, sesibuk macam mana pun kena juga cari masa untuk pergi ke gim. Tak ada alasan. Its not about having time, its about making time.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana kalian boleh terlibat dalam dunia kecergasan ?

LUQMAN RASHID: Sebelum ini saya memang aktif dalam sukan seperti olahraga dan bola sepak. Saya bermula aktif di gim sejak umur 19 tahun kerana saya percaya dengan tubuh badan yang cantik, I will be stronger and healthier, will feel better about myself, have more confidence and to discipline myself.

Luqman Rashid

HANAFI RASHID: Mula-mula terlibat dalam dunia kecergasan ini sebab tiada keyakinan dengan badan sendiri. Apatah lagi saya mempunyai tubuh yang sangat kecil, jadi kalau pergi mandi dengan sungai/pantai mesti rasa malu dan insecure. Lagipun seperti kembar saya, kami berdua memang aktif bersukan, jadi dengan aktif di gim juga sebenarnya membantu lagi untuk saya dapatkan tubuh yang sihat.

Hanafi Rashid

GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan transformasi diri kalian berdua dari dulu dan kini sasa dan tegap?

LUQMAN & HANAFI RASHID:  Throughout our whole time growing up, we were always underweight. Kami dari dulu memang kurus, pakai baju pun selalu rasa besar. Kayakinan pun tergugat dan rasa macam susah untuk stand out. Dan selepas mula aktif di gim, tiap-tiap malam kami akan ke gim berdua, 5 kali seminggu. Motivasi penting untuk kekal konsisten. We always keep our self motivated and remember why we started.

Tubuh Luqman suatu masa dulu.

Luqman Rashid

Hanafi Rashid

GLAM Lelaki:  Bagaimana pula dengan rutin kecergasan harian kalian berdua?

LUQMAN DAN HANAFI RASHID: Rutin kami berdua lebih kurang sama. Kami amat berjaga-jaga dalam bab permakanan. Setiap hari bangun pagi, kami akan makan karbo and protein secukupnya, bersenam sekurang-kurang 4-5 kali seminggu, then repeat. Yang pasti memang ketagih nak bersenam bila sudah nampak hasilnya. And alhamdulillah after everyday of hard work, the results got better and better for us.

GLAM Lelaki: Dilahirkan sebagai kembar, adakah wujud persaingan dalam kehidupan kalian. Kongsikan dengan kami tentang persaingan sihat anda anda berdua dalam dunia kecergasan mahupun kehidupan secara langsung?

LUQMAN DAN HANAFI RASHID: Persaingan memang wujud namun kami ambil positif bagi memajukan diri. If one of us doing better, we will try harder to be as good”. Jadi persaingan secara natural dan sihat itu memang penting.

GLAM Lelaki: Orang kata, ‘having a twin can be a gift or a curse’, pandangan kalian?

LUQMAN DAN HANAFI RASHID: For us, having a twin is a gift. 24/7 bersama dari kecil lagi. Masing-masing menganggap kembar kawan baik. Tak pernah rasa sunyi dan sentiasa ada yang menemani. Senang cerita, tidak akan ada orang lain yang boleh memahami kami macam mana kembar masing-masing memahami.

GLAM Lelaki: Siapa agaknya idola kalian dalam bidang kecergasan?

LUQMAN RASHID: Idola saya dalam bidang kecergasan ialah Jon Skywalker. Sebab saya memang minat dengan bentuk badan dirinya. He’s the definition of aesthetic and that is why I look up to him.

HANAFI RASHID: David Laid. Bagi saya, dia mempunyai tubuh sempurna di usia yang cukup muda. Saya selalu menonton video senaman beliau di YouTube dan secara tidak langsung memberikan saya motivasi dan kesungguhan.

GLAM Lelaki: Apa yang kalian ingin buktikan apabila mulai membuat badan dan terlibat secara langsung dalam dunia kecergasan?

LUQMAN RASHID: Ya, saya nak jadi inspirasi kepada kepada orang di luar sana yang masih takut untuk mencuba dan perbaiki diri dari segi fizikal. I want people to come at me and say “because of you, I didn’t give up”

Luqman Rashid

HANAFI RASHID: Dulu saya mempunyai tubuh badan yang sangat kecil, tetapi hanya dalam masa 1-2 tahun saya mampu mengubah 360 degrees of my body physique. Jadi pesanan saya, tiada apa yang mustahil kalau kita berusaha dan memberikan 100% komitmen.

Hanafi Rashid

GLAM Lelaki: Sasaran anda berdua dalam bidang kecergasan?

LUQMAN RASHID –  Saya tak pernah lagi menyertai mana-mana pertandingan, tapi sasaran saya satu hari kelak saya memang ingin mencuba, dan iinsya allah untuk bawa balik kemenangan. And the target is also to make myself proud.

HANAFI RASHID –  Sasaran saya adalah hanya untuk mendapat tubuh badan yang sihat, tegap dan untuk menjadi seorang idola dalam bidang kecergasan, tetapi belum lagi terbuka untuk menyertai mana-mana pertandingan.

GLAM Lelaki: Nasihat buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?

LUQMAN RASHID –  Nasihat saya, kena ada sasaran dan matlamat. Dari sana, baru kita akan tolak diri kita untuk mencapainya. Amalkanlah gaya hidup sihat dan ya, pergi ke gim! Jangan malas okay!

HANAFI RASHID –  Konsisten. Itu sangat penting!  Jangan mudah putus asa. Walaupun ada kala kemajuan yang anda nampak sangat perlahan, teruskan dan jangan pernah putus asa.  Results take time. 

Luqman (Kiri) / Hanafi (Kanan)

Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram @ arazzsrazzswill | Pakaian: UNDER ARMOUR Fall Winter 2017 @underarmourmy | Lokasi: Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam / @xclusivefitnesz

# Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Kapsul GL Zero2Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut