Skip to content

FITBIT KINI HADIR DENGAN PERANTI FITBIT VERSA LITE, INSPIRE HR DAN INSPIRE

Kongsikan artikel ini

Fitbit, dikenali di seluruh dunia sebagai jenama peranti kecergasan popular secara rasminya melancarkan tiga produk terbaru iaitu Fitbit Versa Lite, Fitbit Inspire HR dan Fitbit Inspire. Tiga edisi peranti kecergasan kali ini amat bersesuaian buat mereka yang gemarkan aktiviti lasak, membantu pengguna mengakses data berkaitan tahap kesihatan dan kecergasan mereka secara peribadi. Turut diumumkan adalah FitBit Ace, direka khas secara eksklusif untuk kanak-kanak yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Direka dengan spesifikasi kalis air yang mampu melindungi skrin ketika kanak-kanak beraktiviti sepanjang hari.

Untuk Fitbit Versa Lite pula, ia adalah jam tangan pintar yang menyokong fungsi seperti i mengenal-pasti senaman secara automatic serta menawarkan 15 pilihan mod senaman berbeza. Ia turut disertakan sensor SpO2 yang mampu mengenal pasti perubahan tahap oksigen dalam darah. Peranti ini hadir dengan fungsi pintar seperti integrasi cip GPS dan kuasa bateri tahan sehingga empat hari dengan sekali caj saja!

Fitbit Inspire HR dan Inspire pula menawarkan ciri penjejak kesihatan dengan fungsi aplikasi telefon pintar seperti kemampuan menjejak aktiviti pengguna, pola tidur, fungsi jam randik dan peringatan untuk bersenam. Yang pasti, ketihga-tiga peranti ini ditawarkan dengan harga yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Fitbit Versa Lite Edition dijual pada harga RM768, Fitbit Inspire HR berharga RM468 dan Fitbit Inspire pula bernilai RM348.

Ketika pelancaran, turut diadakan sesi senaman buat para media untuk mencuba sendiri peranti kecergasan FitBit ini. Antara seleberiti dan influencer yang hadir adalah Kit Mah, Joanna Soh, Marissa Perry, Adeline Tsen, Alando Atkinson, Nikhil Kharoo, CJ Lee, Olya dan Terrence Teo.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Mac 2019

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut