FROM GAME ADDICT TO FITNESS ENTHUSIAST: AYEP MUSTAPHA BUKTIKAN TIADA APA YANG MUSTAHIL

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Pertemuan GLAM Lelaki bersama Iqbal Arif sangat lancar, bermula dengan satu sapuan imbas, penulis menemui gambarnya di laman sosial Instagram. Punya rupa yang boleh dikomersialkan, malah memiliki tubuh idaman lelaki-lelaki di luar sana. Lalu, penulis yakin ia bukan anugerah dari genetik diri tetapi dari usaha kerasnya yang berjaya menyempurnakan satu transformasi. Jom baca temubual ekslusif GLAM Lelaki bersama dirinya yang mesra dipanggil Ayep.

GLAM Lelaki: Boleh Iqbal ceritakan serba sedikit tentang latar belakang anda.

IQBAL ARIF: Terima kasih kepada GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama penuh saya Iqbal Arif bin Mustapha dan lahir pada 7 Jun 1992. Saya lebih mesra dipanggil Ayep. Buat masa ini, saya sedang menguruskan dua buah syarikat. Saya juga seorang model dan jurulatih peribadi bebas. Hobi saya semestinya bersenam di gim. Selain itu, saya juga punya minat dan kemahiran dalam bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, drum dan violin. Pada umur 19 tahun, saya ‘jatuh cinta’ dalam bidang kecergasan. Saya baru saja bergraduasi dalam MBA mac lepas.

GLAM Lelaki: Bagaimana Ayep boleh terlibat dalam dunia kecergasan?

IQBAL ARIF: How did I get myself into fitness? It’s a funny story actually. Awal dahulu, saya langsung tidak berminat membuat otot badan apatah lagi ke gim. Saya lebih gemar menghabiskan masa bermain Dota sehingga minat bertukar kepada obsesi, sehingga satu tahap di mana saya sudah tidak lagi menghabiskan masa bersama keluarga hanya kerana permaianan tersebut. Beranjak usia 19 tahun, I told myself that this is not working out. Jadi, saya cuba untuk berhenti dan berjaya tanpa bermain permainan tersebut selama 2 minggu, sehinggalah satu tahap saya rasa teramat bosan. Lalu saya ke gim buat pertama kali, and I fell in love with it ever since.

GLAM Lelaki: Apa agaknya motivasi Ayep untuk anda aktif bersenam? Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari seorang yang kurus dan kini sasa dan tegap?

IQBAL ARIF: Motivasi saya pastinya setelah melihat perubahan diri saya sepanjang tahun. Pada saya, pelaburan dalam diri atau self-investment adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan oleh sesiapa saja.  It could be in anything really. Sports, music, art, fashion, anything! Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk memiliki determinasi dan komitmen keran ia tidak datang dengan mudah. Hasil tidak datang hanya dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Its silly! Saya sudah mula membina badan dan bersenam sejak 7 tahun yang lepas. Ya, sudah pasti dalam tempoh tersebut ada naik turunnya. Mula rasa marah dan kesal bila nampak tiada sebarang perubahan. Perubahan tubuh badan saya dari seorang yang sangat kurus bukannya mudah. Ramai menyangka, membina badan adalah semata untuk mendapatkan teman wanita. Sejujurnya, anda memerlukan minat yang mendalam. Buat saya, so for me, hitting the gym, eating 6 to 8 meals a day for the past 5 years is just simply due to the fact that I love doing them. If you don’t have the passion about it, trust me you wont last long in it.

Transformasi mengagumkan Ayep aka Iqbal Mustapha.

GLAM Lelaki: Kongsikan rutin kecergasan yang anda amalkan.

IQBAL ARIF: I don’t really have any training routine. I keep it simple. 6 to 8 meals a day. Fasted morning cardio 6 times a week and training 6 days a week. That’s it.

GLAM Lelaki: Bagaimana pula dalam soal permakanan atau diet?

IQBAL ARIF: Dieting. That’s a word that I see people abuse all the time. First of all, dieting doesn’t mean eating less. Diet bermaksud habit permakanan anda. Apa yang anda makan setiap hari? Saya perlu memastikan permakanan saya ‘bersih’ sejak empat tahun lepas. I do have cheatmeals once every 2 week if im craving for them. Satu makanan tidak sihat tidak bermakna anda akan gemuk, dan satu pinggan makanan sihat pula tidak bermaksud anda akan memiliki tubuh sihat. Pengambilan saya bergantung kepada gol yang sudah saya tetapkan.

GLAM Lelaki: Siapa agaknya inspirasi dan idola anda dalam bidang kecergasan?

IQBAL ARIF: Idola saya adalah para pembina badan di luar sana. Ada di kalangan kita selalu beranggapan negatif terhadap mereka yang mempunyai tubuh badan yang terlampau sasa dan tegap. Saya percaya, every single bodybuilder with great physique works their ass off for it. Trust me, they do. Apa yang saya ingin cakapkan, tolong hormati pembina-pembina badan di luar sana dan jangan mudah memberikan tanggapan buruk terhadap mereka.

GLAM Lelaki:  Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan? 

IQBAL ARIF: I love to look good. That’s it. I’m not trying to be a champion or anything. I’m just trying to be the best version of myself. Pada masa hadapan, saya teringin sekali untuk memiliki sebuah restoran di mana orang ramai boleh membeli makanan dan manisan yang berkhasiat, mungkin di New York! Saya suka memasak, dan saya suka melihat orang menjamah makanan yang dimasak oleh saya.

GLAM Lelaki: Nasihat yang boleh anda berikan kepada mereka di luar sana yang baru berjinak-jinak dalam bidang kecergasan.

IQBAL ARIF: The best advice that I could give for the newbies, ask yourself why do you do this? Adakah anda benar-benar ingin melakukan semua ini atau atas sebab-sebab yang salah. Jika ya, anda pasti akan kesal dan marah sekiranya ia tidak menjadi seperti mana yang anda rancang. Untuk mendapatkan tubuh idaman, ia memakan masa, usaha keras dan konsistenasi.  If you do find yourself happy doing it, yeah you should go for it.

Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram @fotobyali / www.fotobyali.com | Pakaian: UNDER ARMOUR Fall Winter 2017 @underarmourmy | Lokasi: Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam / @xclusivefitnesz

#Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Transformasi Zero 2 Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.

Tags: , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.