Skip to content

BLEU DAN MAROON TARUHAN BARU SCHAWAL

Kongsikan artikel ini

“The Majectic SOI.REE with Schawalara memberi peluang buat keluarga kecil kami untuk berkongsi satu lagi buah tangan untuk tahun 2017 ini. Jika sebelum ini kami berjaya membawakan kepakaran kami dalam bidang fesyen iaitu Garde-Robe yang menghimpunkan 80 jenama tempatan, kini kami luaskan kepada dua wangian hebat. Mewakili personaliti berbeza wangian yang diberi nama Bléu dan Maroòn bakal merealisasikan impian terdekat kami untuk mempunyai wangian dengan identiti tersendiri. Bukan sekadar wangian biasa, besar harapan kami agar apa yang kami cuba kongsikan ini akan menjadi kegemaran mereka di luar sana pula. Sebagai permulaan koleksi minyak wangi ini boleh didapati di beberapa stokis terpilih di seluruh negara.
Pada masa yang sama, kami ingin memperkenalkan koleksi wangian kami yang pertama sebagai tanda permulaan di dalam bidang kecantikan dengan memperkenalkan keluaran produk kami yang pertama pada tahun 2017 ini”, jelas Scha dan Awal pada majlis pelancaran wangian ini di Hotel Majestic Kuala Lumpur semalam.

sw-bleu box

Wangian Bléu daripada Awal Ashaari
Bléu adalah wangian maskulin yang menggabungkan pelbagai jenis tumbuhan. Disebalik wangian ini juga pengguna akan dihidangkan dengan ketahanan wangian yang lebih lama kerana menggunakan pati Minyak Cedar. Sesuai untuk menemani si pemakai pada apa jua keadaan, Bléu juga adalah mesra wuduk. “Bléu si penarik perhatian”

sw-maroon box

Wangian Maroòn daripada Scha Alyahya Menaikkan seri seorang wanita, wangian Maroòn dengan sentuhan bauan feminin mampu mewujudkan sensasi tersendiri. Menggabungkan pelbagai bunga, ternyata ini adalah bauan menggoda yang akan meninggalkan pelbagai kenangan buat si pemakai. Sesuai dipakai untuk apa-apa acara, Maroòn juga mesra wudu. “Tiada yang lain”

Saksikan kempen Iklan MoonRiver daripada SchAwal yang dihasilkan MUD Production yang begitu hi-class

 

Gambar-gambar eksklusif Scha Alyahya dan Awal Ashaari untuk kempen wangian Maroon dan Bleu

SA0255 SW0421 SA0201 SA0411 SW0219SW0143

By RYAN MOHAMAD
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

ELAK BADAN BERBAU SELEPAS GIM, 6 PRODUK PENJAGAAN INI PERLU BAWA

Bacaan Lanjut

AEDY ASHRAF, ANNA JOBLING MEMERIAHKAN PELANCARAN BUTIK CREED PERTAMA

Bacaan Lanjut

COACH OPEN ROAD, WANGIAN UNTUK SANG PENGEMBARA

Bacaan Lanjut