Skip to content

GUMASH NOURISHING HAIR COLOR, TELAP AIR & SAH DIGUNAKAN DI DALAM IBADAH

Kongsikan artikel ini

Menghadapi masalah uban atau ingin tampil dengan gaya rambut yang menawan? Kini impian anda boleh dipenuhi dengan jenama pewarna rambut yang prihatin terhadap rambut anda, Gumash Nourishing Hair Color yang dibawakan oleh Rangkaian Mercu Health & Beauty bagi memenuhi gaya, selera dan keperluan wanita dan lelaki moden. Menariknya Gumash Nourishing Hair Color ini lahir atas keinginan pengasas, Datin Syarifah Farah Gumash Syed Hussain untuk berkongsi manfaat pewarna rambut berkonsepkan inai yang patuh syariah.

Datin Syarifah Farah Gumash Syed Hussain

Walaupun beliau sedar ramai pengguna di luar sana yang was-was dengan penggunaan pewarna rambut, Gumash Nourishing Hair Color menjadi penyelesaian yang boleh diyakini apabila mengunakan bahan-bahan yang tidak bercanggah dengan syarak. Selain daripada bahan-bahan yang telah diteliti, Gumash Nourishing Hair Color juga merupakan penyelesaian kepada isu yang paling utama iaitu TELAP AIR. Bagi memastikan pewarna rambut ini telap air, kajian yang telah mereka jalankan memakan masa selama lebih kurang satu setengah tahun. Selain daripada ahli kimia, kajian ini juga turut disertai oleh panel syariah iaitu Dato` Zahazan Mohamed dan Ustaz Fauwaz Fadzil. Setelah memastikan bahan-bahan dan aplikasi mewarnakan rambut yang patuh syarak, dengan izin Tuhan disinilah lahirnya Gumash Nourishing Hair Color.

Ini kerana beliau menyedari bahawa ramai wanita berhasrat untuk mendapatkan rambut yang berwarna menarik. Ia menjadi dorongan kepada pengasas untuk memenuhi keinginan para wanita namun tidak sesekali mengabaikan sensitiviti agama. Baginya penting untuk memperoleh rambut yang bukan sahaja cantik tetapi juga sihat dan dilihat sempurna. Gumash Nourising Hair Color adalah produk pewarna rambut berkualiti tinggi yang menjanjikan pengalaman penuh kemewahan tatkala mewarnai rambut. Setiap helaian rambut dirawat dan dibelai dengan bahan-bahan premium yang terpilih serta memberi khasiat untuk kecantikan rambut. Dengan menggunakan teknologi terkini, ternyata Gumash Nourishing Hair Color adalah pilihan tepat untuk wanita dan lelaki Muslim.

Dirumus khas untuk rambut orang Asia, memberi pilihan tiga warna menarik iaitu Black, Dark Brown dan Dark Red. Gumash Nourising Hair Colour didatangi dengan kit lengkap mengandungi :

1. Gumash Color Cream – Diformulasikan menggunakan inai yang diperkayakan dengan minyak argan dan cocoa butter. Gabungan Color Cream dan Hair Developer Lotion mengaktifkan pewarna rambut. Ia bertindak jauh ke dalam lapisan rambut agar kesan yang lebih optimum dapat diperoleh dan pewarnaan menyeluruh.Gumash Hair Shampoo Penggunaan syampu membantu membersihkan kotoran pada rambut, menjadikannya lebih mudah diuruskan.

2. Gumash Hair Conditioner – Bertindak untuk menghasilkan rambut yang lembut dan bersinar. Ia juga menguatkan akar rambut, selain menghalang rambut bercabang, rapuh dan gugur.

3. Gumash Hair Serum – Penggunaan serum melengkapkan rejim agar rambut diwarnai dengan sempurna. Hasilnya pengguna akan memperoleh rambut  dengan bukan sahaja dengan warna yang menonjol, malah cantik, lembut dan bersinar.

Dijual pada harga asal RM129.00, kini terdapat promosi menarik pada harga RM109.00. Gumash Nourishing Hair Color ini boleh didapati melalui ejen sah di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh lawati laman web www.gumashcolor.com

Oleh Wan Mohd Firdaus, 30 Mei 2018