INI RAHSIA LELAKI DAPATKAN VOLUM RAMBUT LEBIH TEBAL

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Pada zaman kini, lelaki sudah mula mengalihkan perhatian bukan saja dalam aspek kesihatan rambut, namun dari segi pengayaan. Dan kini, rambut yang bervolum tebal menjadi satu kegilaan buat lelaki, namun tidak semua yang sanggup ke salon untuk melakukan perawatan rambut dek kekangan masa dan bajet.

Namun anda tidak perlu khuatir. Yang pasti, ada satu tip rahsia perawatan rambut yang boleh menjadikan rambut anda lebih kuat, beralun dan tebal. Berdasarkan Boswell Scot, pemilik salon Best Barber di New York, AS, mengatakan, banyak lelaki tidak mengetahui bahawa deep conditioner mampu mengubah rambut mereka menjadi lebih tebal dan seterusnya sihat dan mempersonakan.

“Perawatan kelembaban rambut mampu memperbaiki setiap helaian rambut yang kering sehingga meningkatkan kualiti rambut anda,” jelas Scot lagi.

Namun isunya sekarang kebanyakan lelaki enggan dan malas menggunakan conditioner atau perapi rambut kerana ia meningalkan rasa melekit pada tangan ketika menggunakannya. Yang pasti, manfaat perapi rambut ini sangat penting untuk lelaki agar rambut tebal dan lebih mudah untuk digayakan.

Scot menyarankan lelaki untuk melakukan deep conditioning sekali seminggu. Namun, pastikan kulit kepala anda tidak terkena. Selepas mengaplikasikan perapi rambut, biarkan rambut selama 10 – 15 minit. Akhir sekali, bilas dengan air hingga bersih? Okay?

Sumber: lifestyle.kompas.com
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Mei 2017

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.