Skip to content

MISTERI JOHHNY DEPP DALAM KEMPEN WANGIAN DIOR SAUVAGE

Kongsikan artikel ini

Dior kini tampil dengan wangian terbaru, Sauvage di mana kali ini menampilkan pelakon kelas A Hollywood, Johnny Depp dipilih sebagai ‘bintang’ untuk kempen kali ini. Dengan visual lebih gelap bersesuaian dengan personaliti dan pembawaan Johnny Depp yang sinonim dengan watak gelap dan misteri, pengambaran kali ini diadakan di gurun Joshua Tree dimana gambar diketik oleh jurugambar terkemuka, Jean-Baptiste Mondino.

Untuk konsep kali ini, Depp dikelilingi oleh binatang-binatang liar yang mewakili konsep “Magic Hour”, di mana kesegaran kekal terjaga walau di mana saja pelusuk dunia.

Wangian ini diilhamkan oleh bau intens Calabrian bergamot dan ambroxan termasuk lada sichuan dan buah pala merah jambu yang ekspresif. Kemudian pesona vanila Guinea New Guinean yang menawan menjadikan aksen minyak wangi lebih sensorial, maskulin dan cukup sesuai untuk jiwa pengembara sang lelaki.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 Mac 2018

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut