HINDARI MATI PUCUK

85

Kajian menyatakan bahawa lebih tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk. Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki di negara ini mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan menyebabkan mereka mengalami masalah mati pucuk di usia yang muda. GL memberi tip kepada anda untuk menghindari masalah mati pucuk.

Mati pucuk merupakan masalah kritikal bagi setiap lelaki kerana tidak mampu menjalani kehidupan harian mereka seperti lelaki normal yang lain. Banyak faktor yang boleh menyebabkan terjadinya masalah ini. Namun, sebelum terlambat, masih ada cara untuk mencegah penyakit ini.

1. USAH MEROKOK

Ramai kaum lelaki menganggap bahawa apabila mereka merokok, kepuasan seks akan lebih terjamin. Tidak sama sekali! Kajian daripada Finland menyatakan bahawa , tabiat merokok boleh menyebabkan mati pucuk kerana ia menjejaskan salurah darah. Selain itu juga, ia akan melemahkan ketegangan zakar anda. Kandungan Nikotin di dalam rokok antara penyumbang kuat terhadap masalah mati pucuk ini. Perokok akan mengalami ereksi dan nafsu seks yang lemah disebabkan oleh pembuluh darah yang sempit. Mati pucuk juga antara simptom awal kepada penyakit saluran darah.

2. JAUHI MINUMAN KERAS

Sama seperti merokok, minuman keras juga mampu menyumbang kepada terjadinya masalah mati pucuk ini. Apabila anda mengambil minuman keras yang berlebihan, ia akan menyebabkan saluran darah anda rosak dan akhirnya akan menyebabkan anda mati pucuk.

3. PEMAKANAN SEMPURNA

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci asas untuk anda jauhi penyakit ini. Sayur-sayuran serta buah-buahan antara jenis makanan yang bagus untuk kelancaran darah anda. Selain itu juga, ia membantu untuk memastikan seluruh anggota badan berfungsi dengan baik. Ia juga dapat menambah kualiti dan kepekatan air mani. Pastikan setiap makanan yang diambil mempunyai kadar garam yang rendah. Lebihan garam juga turut menyumbang kepada kegagalan fungsi zakar anda.

4. KEBURUKAN PORNOGRAFI

Menurut pakar sakit tuan, Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi, kajian mendapati terdapat peningkatan terhadap jumlah lelaki Malaysia yang gagal dalam melakukan hubungan intim bersama pasangan akibat daripada kerap menonton bahan luncah. Apa yang lebih merisaukan, mereka yang masih muda juga mengalami masalah mati pucuk disebabkan sikap obsesi menonton pornografi. Tabiat buruk ini akan menyebabkan anda mengalami kelesuan seksual. Selain itu, keburukan pornografi ini juga akan menyebabkan anda terasa janggal apabila melakukan hubungan bersama pasangan kerana keseronokan anda mudah hilang dan minda akan terganggu.

5. HUBUNGAN SEMULA JADI

Antara langkah lain untuk menangani masalah mati pucuk ini, lakukan hubungan seks anda bersama si isteri dengan lebih kerap dan tetap. Lebih banyak ereksi yang dilakukan, lebih banyak darah semula jadi akan mengalir ke zakar anda. Secara tidak langsung, ia akan membaiki proses aliran darah anda secara semula jadi. Mengikut pakar, ereksi ialah sejenis bentuk senaman untuk zakar anda supaya ia berfungsi dengan lebih baik dan dapat mengeluarkan air mani yang berkualiti.

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.