Skip to content

HOUSE 99, ILHAM DAVID BECKHAM BUAT MEREKA YANG INGIN JADI SEPERTI DIRINYA

Kongsikan artikel ini

Buat lelaki, ramai ingin jadi seperti David. Beckham bukan? Penampilan dan gaya personal David Beckham mencetus inspirasi buat para jejaka di luar sana. Dan kini, bukan hanya gaya rambut dan fesyen yang bisa dijadikan panduan, namun produk perawatan muka yang diilham dari dirinya sendiri boleh anda gunakan untuk ‘mirip’ bekas pemain bola sepak berusia 42 tahun ini.

Baru-baru ini, suami kepada Victoria Beckham itu telah melancarkan jenama set perapian diri yang diberi nama ‘House 99’. Produk kolabrasi dengan L’Oreal ini diinspirasi dari kedai-kedai gunting rambut England yang klasik. Ia terdiri daripada produk rangakaian penjagaan kulit, rambut, muka dan juga rambut. Di saat ini, House 99 sudah mengeluarkan 21 jenis produk termasuk minyak khusus untuk merawat tatu dan mengharumkan janggut.

Khabarnya, angka 99 itu sendiri mengandungi makna khusus buat David. Tahukah anda, 99 adalah tahun di mana David menikahi Victoria dan tahun pertama beliau bergelar bapa. Jelas David lagi, “Bagi saya, merawat dan merapi tubuh bukan sekadar bagaimana untuk kita tampil di khalayak ramai, namun soal apa yang kita rasakan. Ia lebih kepada bagaimana kita merasa yakin, mencuba perkara-perkara baru seterusnya membentuk penampilan sendiri”.

House 99 khabarnya akan dilancarkan di Harvey Nichols pada tanggal 1 Februari tahun ini dan akan dipasarkan di seluruh dunia mulai 1 Mac. Sama-sama kita nanti jika produk ini akan memasuki pasaran Malaysiaa atau tidak?

Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Januari 2018 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut