Skip to content

ADAKAH ANDA SEORANG SEXOMNIA?

Kongsikan artikel ini

Sindrom sleep walking atau berjalan sambil tidur mungkin biasa namun tahukah anda terdapat satu sindrom tidur yang pelik iaitu sexomnia. Buat pengetahuan anda, Sexomnia atau “sleepsex” adalah kondisi di mana seseorang itu melakukan seks semasa dia tidur tanpa disedarinya. Sexomnia sama seperti “sleepwalking” yang mana pesakit tidak sedar apa yang dilakukan semasa mereka dalam keadaan tidur. Apabila terjaga dari tidur, mereka tidak ingat apa yang mereka lakukan semasa tidur.

Sleep-Walking-How-to-Stop-it

Kebiasaan mereka yang ‘didiagnosis’ dengan sindrom Sexomnia ini melakukan aktiviti-aktiviti seksual sewaktu tidur seperti masturbasi, menyentuh dan mencium pasangan atau cubaan mengadakan hubungan seksual tanpa mereka sedari.  Yang mengejutkan, pasangan kepada pesakit ini mendapati bahawa mereka tidak menunjukkan reaksi kepada “aksi” mereka seolah-olah berada dalam dunia lain.

Apa punca kepada sindrom ini? Berdasarkan kajian dari Dr Raman Malhotra, MD, pengarah bersama Saint Louis University Sleep Disorders Center menyatakan punca kepada penyakit ini masih samar namun beliau percaya kelakuan ini berlaku ke atas penyakit yang sering mengalami gangguan tidur seperti kurang tidur atau apnea tidur (gangguan bernafas ketika tidur). Selain itu, mereka yang berisiko untuk mendapatkan sexomnia adalah mereka yang sering meminum arak atau pernah didera akibat dadah dan seksual.

sleepwalkingbirbiglia

Berdasarkan data dari Toronto Western Hospital, lelaki lebih cenderung untuk mengalami gejala ini walaupun wanita juga tidak terkecuali.

Bagaimana pula dengan langkah mengatasinya? Mampukah ubat-ubatan mengawal tingkah laku seorang sexomnia? Berdasarkan Dr. Raman Malhotra lagi, masih belum ada ubat mahupun pil dengan pensijilan PDA mampu menyembuhkan penyakit ini, namun ia mampu dibendung dengan sedatif dan ubat antidepresan untuk merawatnya. Selain itu, ia boleh dihindari dengan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka yang terjejas dengan keadaan ini. Antara langkah yang boleh diambil adalah tidur dalam bilik yang berasingan, mengunci pintu, atau meletakkan penggera bagi menyedarkan mereka.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Januari 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Bacaan Lanjut