TIP HINDARI MULUT BERBAU KETIKA BERPUASA

Pada bulan puasa  ini kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi perlakuan juga perlu dijaga agar demi menghormati bulan yang mulia ini. Berpuasa buatkan mulut kekeringan dan mengakibatkan kehadiran bau yang kurang disenangi. Tetapi usah gusar kerana GLAM Lelaki sediakan tip untuk mengurangkan bau mulut ketika berpuasa.

1. MEMBERUS GIGI DAN LIDAH

Memberus gigi memang mudah, tidak perlu ambil masa yang lama. Tapi cara kita memberus gigi perlulah teliti, pastikan anda memberus seluruh celah gigi supaya sisa makanan sahur tadi hilang. Jika perlu, gunakan benang flos untuk mencapai ruang yang sempit. Jangan lupa untuk memberus lidah sekali ya!

2. MINUM AIR 

Perbanyakkan minum air masak ketika berbuka dan bersahur kerana mulut kita akan kering sepanjang hari kita berpuasa. Meminum air dengan banyak dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh dan membantu penghasilan air liur.

Artikel berkaitan: TIP ELAK DEHIDRASI KETIKA BERPUASA

3. KEJU DAN SUSU 

Pengambilan keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuatkan  gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi. Susu pula dipercayai dapat mengatasi masalah bau mulut.

4. PEMAKANAN

Makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih dan kopi. Makanlah makanan yang sihat dan bertekstur keras ketika bersahur seperti cornflakes, kekacang dan buah epal kerana ini dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.

5. PEMERIKSAAN DOKTOR GIGI

Mulut berbau ini adalah perkara normal sewaktu anda sedang berpuasa tetapi masih ada caranya untuk mengurangkan bau tersebut. Kalau baunya sudah ke tahap yang tidak dapat dibantu lagi ini bermakna sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor gigi. Mungkin gigi anda perlu diservis.

Artikel berkaitan: TIP DAPATKAN GIGI LEBIH MENAWAN UNTUK LELAKI

Sumber: EH!

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.