Skip to content

UNTUK GEMBIRA, INI JUMLAH RUTIN SEKS PERLU ANDA LAKUKAN!

Kongsikan artikel ini

Dalam kehidupan berumah tangga, anda dan pasangan sering kali terlupa berapa kali untuk melakukan hubungan kelamin bersama pasangan bukan? Maklumlah, dek kesibukan kerjaya dan hal membesarkan anak, seks adakala bukan rutin utama walaupun seks terbukti berkesan dalam mengukuhkan kasih sayang dan hidup berpasangan, dan sekaligus mengembirakan dan menenangkan jiwa dan emosi anda. Persoalannya kini, berapa kali rutin seks perlu dilakukan?

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Social Psychological and Personality Sciences mendapati bagi memaksimumkan kegembiraan anda dan pasangan, anda sewajarnya perlu untuk melakukan seks sekurang-kurangan seminggu sekali.

Kajian ini turut disokong oleh profesor psikologi di Universiti Toronto yang menyatakan, “seks dikaitkan dengan rasa kepuasan, dan atas sebab itulah seks memainkan peranan penting dalam satu-satu perhubungan. Malah, beliau menegaskan tiada salahnya untuk pasangan meningkat frekuensi rutin sekiranya kedua-dua, anda dan pasangan ingin lakukan.

Namun, tidak semuanya mudah. Berdasarkan satu kajian oleh Universiti San Diego menunjukkan bahawa pasangan di Amerika Syarikat kurang melakukan hubungan seks berbanding tahun 90-an dan sebelumnya. Atas sebab kenapa? Adakah atas dasar kemampuan pasangan? Tidak. Penulis kajian dan profesor psikologi Jean Twenge percaya hiburan seperti YouTube dan Netflix menjadi permintaan sehinggakan pasangan semakin kurang untuk melakukan seks terutama sekali selepas pukul 10 ke atas. Uh-oh!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Mac 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut