INGIN LEBIH SUBUR? CUBA SENAMAN JENIS INI

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Sejauh mana jenis senaman yang anda lakukan on daily basis dapat mempengaruhi kesuburan seorang lelaki. Seperti sedia maklum, aspek kesuburan sesuatu yang amat peribadi lantas boleh memberi kesan pada kelangsungan satu-satu perhubungan. Yang pasti, kualiti sperma adalah faktor penting mempengaruhi kesuksesan satu kehamilan. Sperma yang sihat adalah sperma yang berkualiti jika memiliki bentuk, jumlah dan pergerakan yang normal. Oleh itu, salah satu cara untuk mengandakan kuantiti sperma yang berkualiti adalah menerusi olahraga — terutama sekali olahraga kardio.

Kenapa olahraga kardio membantu dalam memproduksi sperma berkualiti? Perlu diketahui bahawa baik buruknya kualiti sperma sedikit banyak bergantung pada kesihatan jantung anda. Jantung bertanggungjawab untuk menyalurkan darah ke seluruh jaringan dan organ. Semakin kuat jantung anda, semakin baik ia mengalirkan darah beroksigen ke seluruh tubuh, termasuk ke testis sebagai tempat produksi sperma dan air mani.

Olahraga ini berfungsi dalam meningkatkan pembakaran tenaga yang tinggi dan cepat melalui gerakan dinamik dan berulang-ulang, misalnya lari, berenang, atau lompat tali. Oleh itu, sesi olahraga kardio yang konsisten akan memberi impak positif pada kualiti sperma.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Oktober 2017

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.