1 of 5

Menurut National Sleep Foundation (NSF), tidur adalah perkara penting dalam kehidupan manusia. Pernah kajian dilakukan terhadap penduduk Amerika pada tahun 1999 sehingga 2004 yang menunjukkan sekurang-kurangnya 40 juta orang mengalami 70 jenis penyakit gangguan tidur dan 60 peratus daripada mereka mengalami masalah untuk tidur.

Itu adalah perangkaan 11 tahun lepas, bagaimana pula perangkaan kini yang mendambakan 24 jam masa mereka dalam mengejar dunia serba canggih kini? Sudah tiba masa untuk anda menghargai masa tidur. Ketahui rahsia di sebalik tidur yang lena dan mencukupi.

1 of 5