Skip to content

Introducing PRADA’s newest next act!

Kongsikan artikel ini
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

 

14354996_913606368744313_7034736073088767062_n

Ansel Elgort

Jenama fesyen antarabangsa terkemuka Prada baru-baru ini mengumumkan their latest act untuk kempen minyak wangi L’Homme yang menampil dua wajah baru terdiri daripada pelakon-pelakon remaja lelaki popular, Ansel Elgort dan Dane DeHaan.

Siapa yang tidak kenal dengan kedua pelakon muda Hollywood yang kini semakin menempa nama dalam industri perfileman?Dan kini melangkah setapak lagi dalam bidang modeling dan peragaan.

Ansel yang terkenal dengan watak pesakit kanser yang jatuh cinta dengan seorang wanita tenat dalam filem The Fault in Our Stars (2014), dan Dane Dehaan, yang terkenal dengan watak antagonis, Harry Osborn dalam filem reboot The Amazing Spiderman 2 (2014).

Jelas wakil Prada dalam satu temu bual bersama media antarabangsa baru-baru ini menyatakan pemilihan mereka berdua ternyata selari dengan konsep yang ingin disampaikan. Malah, kedua aktor berbakat besar ini ternyata memiliki karakter yang berbeza dan unik.

14370118_913606425410974_1094873793366299961_n

Dane DeHaan

“Elgort periang dan adakalanya hiperaktif, dan Dane pula, lapan tahun lebih tua jadi kelihatan lebih matang dan pendiam.”

Wangian L’Homme oleh Prada ini direkakan khas buat figura lelaki masa kini dalam pelayaran mereka bertemu pasangan di sebuah titik pertemuan dalam menyempurnakan hubungan estetik melalui haruman dan tradisi. Ia merupakan campuran bauan yang airy dan sensual.

Kempen ini telah diabadikan oleh jurufoto terkemuka, Steven Meisel. Mia Goth dan Mia Wasikowska pula dipilih sebagai the faces untuk wangian wanita yang diberi nama La Femme.

Photo credit: Prada Facebook

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut