James Franco joins Coach family! Pelakon kacak dan popular, James Franco baru-baru ini dilantik menjadi wajah eksklusif kempen wangian terbaru dari Coach 2017. Kempen wangian ini menyaksikan wajah James dirakam dan dipetik oleh jurugambar terkenal Steven Meisel di New York, di mana James tampak kacak dan segak memperagakan jaket kulit sambil bersandar pada kereta Plymouth Valiant yang vintaj lagi klasik.

Pemilihan Franco adalah refleksi kepada wangian ini yang mengilhamkan keabadian masa yang sejuk lagi menyegarkan, selain kombinasi haruman pedas daun kapulaga dan ketumbar serta nashi hijau dan kumkuat. Wangian ini akan mulai dijual tidak lama lagi. Saksikan aksi James Franco dalam video eksklusif kempen ini melalui pautan di bawah.