Skip to content

KHASIAT BEKAM UNTUK LELAKI. AR RAYYAN TAWAR PERAWATAN MODEN BERKONSEPKAN ‘SPA’

Kongsikan artikel ini

Bekam, kaedah rawatan yang dipercayai wujud sejak zaman purba Greek malah diyakini keberkesananya terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan mampu membantu menyembuhkan penyakit terutama kronik. Bekam juga adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Yang pasti, di Malaysia sendiri, rawatan bekam semakin meluas malah diterima ramai terutama banyaknya pusat-pusat rawatan bekam dan kecantikan, Namun, masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya, terutama sekali dari segi aspek kebersihan dan keselamatan. Tetapi kini tidak lagi dengan adanya Spa Bekam Ar Rayyan.

Spa Bekam Ar Rayyan ditubuhkan pada 2 Ogos 2015 sebagai pusat rawatan bekam kaedah perawatan moden berkonsepkan ‘SPA’ yang memberi jaminan keselesaan kepada pelanggan serta mengutamakan kebersihan. Kesemua aspek dalam perawatan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Diasaskan oleh, Mohmmad Fathullah Bin Melatu Samsi, proses rawatan di Spa Bekam Ar Rayyan ini dikendalikan oleh juruterapi profesional dan berpengalaman dalam sesi terapi bekam mahupun urutan badan. Pada awal penubuhan bermula di Gombak (HQ) sehingga sekarang Spa Bekam Ar Rayyan telah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia, antaranya di Gombak (HQ), Johor Bharu, Nilai, Pasir Gudang, Shah Alam, Cheras, Kota Bharu, Kuantan, Putrajaya dan yang terbaru di Kota Damansara.

KONSEP MODEN SPA

Servis yang ditawarkan oleh Spa Bekam Ar Rayyan ialah Bekam dan Urutan badan dengan kaedah rawatan moden Konsep yang dibawa bersama dalam perniagaan yang menjadi kekuatan Spa Bekam Ar Rayyan adalah konsep ‘Moden Spa Klinikal’ yang bertujuan supaya pelanggan sentiasa berada dalam keadaan relaks dan selesa tidak ada sebarang percampuran bagi kaum lelaki dan wanita ketika berada dalam rawatan. Setiap premis Spa Bekam Ar Rayyan menyediakan kemudahan fasiliti seperti WIFI percuma,surau,tandas serta ruang menunggu yang selesa.

Pertama kali GLAM Lelaki melangkah masuk ke dalam salah satu cawangan spa ini yang terletak di Damansara, kami benar-benar teruja dengan susun aturnya yang menarik, malah tidak seperti pusat rawatan bekam traditional yang lain. Dekorasinya yang indah seakan berada di dalam salun kecantikan. Ya, itulah salah satu keunikan yang ada pada Spa Bekam Ar Rayyan ini.

ASPEK ‘HYGIENE’ DIUTAMAKAN

Konsep kepada servis ini juga ingin memberikan perkhidmatan profesional serta layanan terbaik dengan menawarkan pakej harga yang berpatutan. Komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia memudahkan lagi pelanggan untuk berkomunikasi dan mengatasi sebarang halangan komunikasi pelanggan kami Jumlah katil keseluruhan bagi sepuluh cawangan Spa Bekam Ar Rayyan adalah sebanyak enam puluh dua (62) katil.

Malah, peralatan bekam yang digunakan oleh kesemua juruterapi adalah peralatan moden. Penggunaan produk antiseptik serta bahan-bahan minyak adalah bahan yang telah diluluskan oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Segala perjalanan proses terapi yang dititik beratkan ialah hygiene pada persekitaran ruangan pusat rawatan dan segala proses rawatan adalah mengikut standard piawai yang telah ditetapkan.

Dengan misi mengangkat amalan ‘BEKAM’ pada tahap lebih tinggi yang mana ianya dikenali sebagai salah satu amalan sunnah Rasulullah SAW, bersih serta selamat dan masyarakat menerimanya dengan positif. Berikut adalah pakej rawatan yang ditawarkan:

Buat anda yang ingin hadir dan mencuba sendiri rawatan bekam ‘kelas pertama’, boleh hadirkan diri di mana-mana cawangan Spa Bekam Ar Rayan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus layari laman web dan sosial mereka. FB: Spa Bekam Ar Rayyan  | Instagram: @spabekamarrayyan | Twitter: @spabekam | www.spabekamarrayyan.com  atau hubungi +60176896094.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Januari 2017

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut