R U TOUGH ENOUGH “THE LIMITED EDITION” MEMPERKENALKAN 10 FINALIS

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon
1 of 11

Bercakap tentang ‘gagah’, pasti terbayang tubuh tegap dan sasa. Namun, maksud sebenarnya adalah lebih dari itu. Kegagahan tidak semata melibatkan fizikal, ia termasuk ketahanan mental, kekentalan emosi serta keazaman tinggi. Untuk musim keempat, R U Tough Enough? yang dibawakan oleh KIX HD (Astro Channel 729), saluran utama untuk hiburan berbentuk aksi di Asia kembali lagi dan 10 finalis telah pun dipilih!

Pada tahun ini, The Ultimate Edition  akan dihoskan oleh bekas duta, juara seni mempertahankan diri campuran (MMA) antarabangsa, pelakon dan model Peter Davis. Kesemua sepuluh peserta akan mengharungi beberapa siri cabaran sukar yang akan menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi mereka untuk dimahkotakan sebagai “Malaysia’s Toughest” 2017 dan memenangi hadiah bernilai hampir RM30,000. R U Tough Enough?: The Ultimate Edition tahun ini akan menampilkan cabaran yang lebih epik – johan baharu yang dimahkotakan sebagai pemenang pada 2017 berpeluang untuk bersaing dalam pusingan bonus bersama kesemua tiga pemenang episod yang lalu.  Dan kesepuluh individu gagah ini untuk bertarung dalam pertandingan akhir di Sunway Pyramid pada 26 November ini.

Berikut adalah 10 finalis yang tersenarai bagi merebut gelaran terulung juara R U Tough Enough?

1 of 11

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.