Skip to content

Inspirasi: Mickael Louvel, Mr Universe bertangan satu

Kongsikan artikel ini

Siapa menyangka, lelaki sasa tidak bertangan kanan ini adalah seorang juara Mr Universe suatu ketika dahulu. Mickael Louvel, seorang jaguh bina badan menyandang gelaran Mr Universe pada tahun 2008 dan 2009 untuk kategori para, dan memenangi kejohanan Eropah pula pada 2009 dan 2013.

capturen

Didedahkan pada usia 16 tahun

Ketiadaan tangan kanannya tidak pernah menghalang Mickael dari cuba untuk memasuki pertandingan bina badan. Atas minatnya yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan, perkataan ‘putus asa’ tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Mickael muda didedahkan dengan aktiviti dan rutin harian kecergasan di gim sejak berumur 16 tahun lagi oleh ayahnya, Ahmed Blalouz seorang atlet angkat berat.

Kelihatan ramai jaguh bina badan berada di dalam gim ketika itu menyentak Mickael untuk turut ingin menjadi seperti mereka apabila besar nanti. Dan dua tahun selepas itu, Mickael menyertai pertandingan bina badan pertama Orleans untuk kategori junior. Selepas beberapa ketika, Mickael menyambung hasratnya untuk berjasa kepada negara dengan menyertai kem ketenteraan.

capture

Kemalangan hampir meragut nyawa

Sebaik saja tamat latihan ketenteraan yang disertainya, Mickael kembali berhasrat untuk menyambung semula impiannya untuk bertanding semula di atas pentas setelah sekian lama berkhidmat di medan peperangan. Namun, satu kecelakaan telah menimpanya. Mickael terlibat dalam satu kemalangan kereta yang menyebabkan tangannya terputus dan malangnya tidak boleh disambung kembali, malah kakinya turut lumpuh. Sebaik sahaja dirinya sedar dari koma yang berlarutan selama 4 bulan, Mickael menyedari diri dia bukan lagi seperti dulu. Akibat kerosakkan sistem saraf di bahagian tangannya, Mickael reda dengan apa yang terjadi. Hampir berbulan-bulan lamanya Mickael terlantar, dia menyedari dia perlu berbuat sesuatu dan enggan mengaku kalah dengan dugaan yang menimpanya.

When can I start my training‘ adalah antara soalan yang berlegar setiap hari di dalam kepalanya. Mampukah dia bangkit semula? Jika ya, bersediakan dirinya untuk menghadapi kekecewaan sekiranya dia gagal. Mickael tidak mahu hanya baring tanpa berbuat apa-apa  sementara menantikan pemulihannya. Ya, dia perlu berbuat sesuatu. Mickael mula aktif menyelak majalah-majalah kecergasan, menonton video latihan, malah dia juga turut bersenam dengan pembalut (bandages) di tangannya. Akibat kemalangan itu, berat badannya naik 20kg. Sejak dari itu, Mickael juga mula mengamalkan diet permakanan yang sihat dengan hajat untuk kembali bersaing semula dalam pertandingan bina badan kategori cacat tubuh badan (handicap).

wr

Dan akhirnya, kejayaan manis berpihak padanya apabila memenangi kejohanan Perancis untuk pertama kali pada tahun 2002 untuk kategori tersebut. Mickael beranggapan ini seolah satu ‘dendam’ yang dilunas dan terbalas terutama sekali buat mereka yang memandang rendah dan beranggapan dia pasti gagal, dan kini dia sudah membuktikan anggapan mereka salah. Ya, kejayaan pasti akan berpihak buat mereka yang berusaha. Jadi, apakah alasan anda?

Photo credit: Instagram @mickael_louvel

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut