Skip to content

WANGIAN TERBARU DARI DAVID BECKHAM KHAS UNTUK KAUM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Direka khas oleh syarikat pereka minyak wangi mewah Coty International (pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss) serta David Beckham sendiri, wangian David Beckham membuat kemunculan sulungnya di Malaysia hadir dengan empat aroma yang berbeza * untuk disesuaikan dengan kepelbagaian aspek peribadi David Beckham – sama ada ketika dirinya bersama keluarga, bergaul dengan rakan-rakan, membina empayarnya yang berbilion dolar atau menerusi peranan yang tidak dapat dipisahkan, iaitu sebagai bintang bola sepak handalan. Rangkaian ini terdiri daripada: Instinct, Homme, Respect dan Classic.

Wangian David Beckham direka untuk memberikan inspirasi kepada semua kaum lelaki untuk lebih tekad dalam mengejar cita-cita dan impian, mengubah diri mereka untuk menjadi lebih yakin dengan visi diri mereka yang lebih baik. Kempen yang bertemakan Suit Up ini dirangka bagi menggalakan semua lelaki di Malaysia untuk melihat ke dalam jiwa mereka, cara untuk meningkatkan keupayaan diri sama ada menerusi kerjaya, gaya, perhubungan mahupun sukan.

Jonathan Fu dan Beatrice Ting dari Coty International memperkenalkan David Beckham Fragrance.

Antara lelaki berinspirasi di Malaysia yang Suit Up dengan keyakinan untuk setiap hari serta antara yang pertama menggunakan wangian David Beckham di Malaysia adalah: Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry dan Faeez Fadhililah.

Bagi menandakan kemunculan sulung David Beckham Fragrances di Malaysia, semua lelaki di Malaysia digalakkan untuk Suit Up dengan David Beckham menerusi cabaran #SuitUpChallenge.

Untuk ini, mereka hanya perlu memuat naik gambar SEBELUM dan SELEPAS ‘Suit-Up‘ mereka sendiri ke akaun media sosial dengan tanda pagar #SuitUpMY dan #DavidBeckhamFragrances untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti tanda pagar #SuitUpMY kami. Wangian terbaru David Beckham ini dijual pada harga RM159.90 – RM189.90 untuk EDT, RM19.90 untuk Spray Deo dan RM39.90 untuk Parfum Deo.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai David Beckham Fragrances, sila layari https://www.beckham-fragrances.com/.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut