Skip to content

R U TOUGH ENOUGH KINI KEMBALI UNTUK MENCARI INSAN PALING GAGAH DI ASIA TENGGARA!

Kongsikan artikel ini

R U Tough Enough kini kembali menyeru semua rakyat Malaysia untuk membuktikan mereka adalah yang paling gagah di Asia Tenggara! Pertandingan tahunan tersebut dibawa oleh KIX HD (Saluran Astro 729) dengan kerjasama Fisherman’s Friend akan lebih hebat dan mencabar daripada edisi lalu. Hadiah utama bernilai sebanyak US$15,000 (RM60,000) menanti pemenang serantau yang akan dinobatkan sebagai ‘Southeast Asia’s Toughest 2019’!

R U Tough Enough Southeast Asia tahun ini membawa maksud baru untuk kekuatan yang sebenar, kerana kekuatan fizikal sahaja tidak mencukupi – juara R U Tough Enough yang sebenar juga memerlukan keinginan yang mendalam bagi mengharungi rintangan, serta jiwa seorang juara serta determinasi dan kesungguhan yang mendorong mereka meneruskan cabaran hingga ke akhirnya,” kata Annie Chan, Pengarah Ekskutif, Jualan Afiliasi dan Pengiklanan, Celestial Tiger Entertainment. “Hari ini, R U Tough Enough membuka cabaran kepada semua negara di Asia Tenggara dan pada pertama kali untuk Hong Kong, khusus buat semua individu yang gagah agar melangkah keluar dari zon selesa mereka dan membuktikan kekuatan berhadapan dengan individu-individu gagah lain di rantau ini!”

Tahun ini, R U Tough Enough juga memperkenalkan logo yang baru dengan reka bentuk lencana yang menyerlahkan pemenang-pemenang R U Tough Enough sebagai kumpulan elit yang layak untuk membawa gelaran R U Tough Enough seperti lencana kebanggaan yang dipakai ke mana saja mereka pergi!

Kisah peribadi Benny Yeoh, pemenang pada tahun 2016, juga memainkan peranan penting dalam membangunkan kekuatan dalaman dan ketahanannya. Gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan dirinya mengalami masalah kesihatan dan berat badan, akhirnya menjadi satu panggilan untuk sedar dan bangkit mengubah gaya hidupnya. Hari ini, Benny mengiktiraf pengalaman sepanjang R U Tough Enough sebagai tenaga penggerak di sebalik kejayaan termasuk bidang lain dalam kehidupannya. Sekarang, Benny kekal gagah dan juga akan menjadi salah seorang pengadil untuk R U Tough Enough tahun ini.

Jom ikuti temubual eksklusif GLAM Lelaki bersama dengan Benny Yeoh.

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit peranan anda dalam R U Tough Enough tahun ini?

Benny Yeoh: Saya akan menjadi ketua juri untuk R U Tough Asia Tenggara 2019 di mana peranan ini termasuk menggalakan orang ramai untuk menyertai petandingan ini. Sejujurnya, saya sudah mulai mempromosikan R U Tough Enough sejak saya menjuarai gelaran ini pada 2016.

GLAM Lelaki: Sebagai ketua juri, apakah harapan anda daripada para peserta kali ini?

Benny Yeoh: Sebagai Ketua Juri untuk tahun ini, saya mengharapkan untuk melihat lebih ramai penyertaan dari peserta yang datang dari kelompok kerjaya berbeza seperti usahawan mahupun pekerja pejabat, selain dari mereka yang terlibat dalam industri kecergasan dan sukan. Yang pasti, R U Tough Enough adalah untuk semua dan apa yang dapat saya lihat, antara individu terkuat rupa-rupanya datang dari  latar belakang bukan-sukan. Saya juga mengharapkan dapat melihat peserta unttuk mendefinasikan semula erti kekuatan mengikut cara mereka, terutama sekali dari peserta wanita.

GLAM Lelaki: Apa pula erti kekuatan pada pendapat anda?  

Benny Yeoh: Bagi saya, kekuatan adalah hasil dari apa yang saya pelajari dari cabaran yang saya hadapi dalam kehidupan peribadi dan tempat kerja saya. Mungkin ia sudah berlalu tetapi pengajaran yang saya pelajari kekal bersama saya setiap hari. Jika anda boleh menetapkan minda yang betul untuk menghadapi apa jua cabaran, anda akan menjadi lebih kuat.

GLAM Lelaki: Apa yang menyebabkan anda ingin menyertai RUTE pada tahun 2016?

Benny Yeoh: Sebelum ini, saya bertubuh besar dan berat badan saya sekitar 95kg-100kg. Saya makan segala makanan ringan sehinggalah saya menghidap batu karang yang sangat sakit. Yang pasti, ia adalah panggilan untuk saya berubah. Saya memutuskan untuk berubah, kekal fit dan menyertai gim dan mula bersenam setiap hari. Sudah pasti, ramainya yang tidak percaya saya mampu untuk melakukan, memandangkan umur saya sudah mencecah 30 tahun dan akan menjadi lebih sukar. Saya cuma teruskan, dan saya bersyukur saya mampu mengubahnya.

Kondisi tubuh lama Benny.

GLAM Lelaki: Apa agaknya cabaran utama anda dalam RUTE 2016.

Benny Yeoh: Sudah pasti usia saya. Ketika itu, hanya 2 peserta yang berumur dalam lingkungan 30 tahun. Apatah lagi ramai daripada mereka berasal dari industri kecergasan – mereka kuat, pantas dengan stamina yang bagus. Sewaktu itu, saya masih bekerja dalam dunia korporat. Sudah pasti saya risau, namun saya berkata dalam diri untuk terus tenang dalam menempuhi segala cabaran.

GLAM Lelaki: Apakah nasihat yang ingin anda berikan kepad para peserta RUTE Asia Tenggara 2019 tahun ini?

Benny Yeoh: Saya percaya ramai akan melakukan latihan berat badan, yang memberi tumpuan kepada bahagian tertentu otot anda. Saranan saya adalah untuk melakukan latihan yang lebih berfungsi, kerana latihan fungsional dapat membantu anda untuk menggerakkan semua sendi dan melatih reaksi otot anda agar memudahkan anda untuk menghadapi sebarang halangan.

Daftar sekarang untuk bertanding dalam merebut gelaran ‘Southeast Asia’s Toughest’ – R U Tough Enough Southeast Asia 2019 yang akan menerima pemohonan dari hari ini sehingga 22 September melalui laman web rasmi: www.KIX-TV.com/tough.

R U Tough Enough Southeast Asia 2019 dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Untuk menyertai, anda boleh memohon secara dalam talian di www.KIX-TV.com/tough selewat-lewatnya pada 22 September. Calon-calon yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri sesi ujibakat tertutup dan seramai empat finalis akan dipilih untuk mewakili Malaysia menandingi finalis dari negara Asia Tenggara dan Hong Kong dalam Final Showdown di Sunway Pyramid pada Ahad, 3 November. Dapatkan maklumat terkini tentang pertandingan ini melalui saluran media social KIX HD, termasuk Facebook: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia.

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut