Skip to content

TIP PERAPIAN DAN DANDANAN TERBAIK 2017

Kongsikan artikel ini

Tahun 2017 semakin menghampiri. Apa kata anda ambil masa untul cerminkan diri anda. Puas hati? Jika tidak, sudah tiba masanya untuk anda mengintai tip atau resolusi baru dari segi perapian dan dandanan untuk anda nampak lebih menarik, stylo dan kemas. Glam Lelaki senaraikan 5 resolusi perapian dan dandanan wajar untuk anda cuba untuk tahun baru ini.

1) Tempah baju anda sendiri
Sekiranya anda sudah terbiasa membeli baju di butik dan mall mengikut saiz anda sama ada S, M, L atau XL, sudah tiba masanya untuk tahun ini anda cuba untuk menempah baju harian (kemeja dan suit) yang direkakan khas mengikut saiz tubuh anda. Ya, apa guna anda pergi ke gim bagi memiliki tubuh badan idaman namun baju yang dipakai tidak kena dengan tubuh anda. Gelebeh, sendat atau terlampau besar anda isu yang sering timbul. Jadi, tailored your own clothes from now on, dan anda pasti nampak lebih segak dan bergaya.

Photo Must Be Credited ©Jeff Spicer/Alpha Press 079907 17/09/2015 Theo James New Face of Hugo Boss The Scent at Debenhams Oxford Street London

htb1ch-kjvxxxxxuxvxxq6xxfxxxnj-lindeberg-tailored-jacket-1

2) Elakkan pemakaian jeans setiap hari
Ya, seluar jeans mungkin pilihan utama ketika anda ingin keluar berjalan-jalan mahupun bersantai bersama rakan. Mudah dan senang untuk dipakai. We got that. Kami juga tidak menentang pemakaian denim namun idea ini dilihat semakin lapuk dan ditelan zaman. Alternatif terbaik adalah mengantikan seluar jeans anda dengan pemakaian chinos. Ia datang dengan pelbagai gaya dan warna, malah lebih selesa. Harus cuba.

ebay
3) Pakai sunscreen mulai sekarang!
Ok, cukuplah kita beranggapan hanya wanita yang memerlukan set perapian wajah seperti sunscreen dan losyen walhal lelaki juga turut sama memerlukannya. Lelaki usah malu untuk mencuba pelbagai set perapian wajah yang penting untuk anda kekal muda dengan wajah lebih segar. Sunscreen dengan SPF 15 ternyata sesuai untuk lelaki yang sentiasa aktif bekerja. Akibat tekanan dan keadaan cuaca yang tidak menentu sudah pasti anda memerlukan hadangan dari berlakunya kerosakan kulit yang hanya akan menjejaskan penampilan anda.

home-remedies-that-will-help-you-avoid-pimples-652x400-1-1464933122

dmc_face_lt_hydrate-spf_15_12p_1_69z_10011111261300a-398020-png-ulenscale-460x460

Dove Men+Care Face Lotion

 

81c8c94a-dbf4-4e6b-bdc7-23da2e59d462-jpg-_cb296837485__sl300__

Nivea Men Protective Lotion with SPF 15

 

4) Seasonal coat 

Ya, walaupun Malaysia bukanlah negara bermusim seperti negara Jepun dan Amerika Syarikat, namun anda wajar untuk mencuba memakainya. Banyak jaket atau kot bermusim yang masih sesuai dipakai di negara kita khususnya seperti Nimbus 3-in-1 Jacket atau L.L. Bean All-Season 3-in-1 Jacket. Ianya selesa dipakai dan anda pasti akan nampak lebih menyerlah dan lain dari yang lain.

aether_nimbus_3_1_jacket_3

Nimbus 3-in-1 Jacket

 

5) Kemaskan jambang anda

Trend menyimpan jambang dilihat semakin popular namun jambang tidak sewajarnya tumbuh tanpa dirapi dan dijaga sentiasa. Sama seperti rambut, pastikan jambang anda kemas, terurus dan moden. Ambil masa untuk sentiasa merapinya dengan mengunakan produk-produk tambahan seperti trimmer, conditioner, dan minyak jambang.

fashioningfeathers

Photo credit: fashioningfeathers.com

81mgdbvsmdl-_sx522_

Braun MGK3060 Multi Grooming Kit (Photo credit: amozon.uk)

18gg-beard-tmagsf

Tom Ford For Men Conditioning Beard Oil (Photo credit: static01.nyt.com)

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut