5 RUTIN PENTING PENJAGAAN KULIT MUKA LELAKI

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Kaum lelaki kebiasaanya jarang sekali ambil kisah mengenai rutin penjagaan kulit muka, tambahan pula terpaksa mengunakan ataupun membeli produk-produk yang adakalanya mengalahkan perempuan. Bagi mereka, penjagaan kulit muka ni perkara yang remeh temeh.

face-washing

Oleh itu, kaum adam khususnya perlu tahu yang penjagaan kulit muka sangat penting, dan bukan hanya untuk perempuan saja. Ini kerana semakin usia kita meningkat, kulit kita akan semakin hilang sifat tegangnya. Baiklah, buat mereka yang masih berjinak-jinak, apa kita lakukan 5 rutin asas penjagaan kulit muka lelaki dahulu. Ikutinya dan semoga anda akan mendapat kulit muka yang sihat.

1. Lelaki disarankan untuk mencuci muka 2 kali sehari iaitu masa pagi dan sebelum tidur. Ini kerana jika anda tidak mencuci muka, semua kotoran, bakteria atau plankton-plankton yang melekat kat kulit semalaman boleh menyebabkan timbulnya jerawat, dan menjadi penyumbang utama bagi timbulnya garis-garis penuaan pramatang. Oleh itu, lakukan facial secara rutin. Siapa kata facial hanya untuk kaum wanita? Facial boleh dilakukan sebulan sekali sama ada di salon kecantikan lelaki mahupun di rumah.

Man-facial

2. Lindungi kulit muka dari sinaran matahari (Sinar UV). Ini kerana sinar UV juga boleh mendatangkan masalah kedutan, kusam dan berminyak. Pastikan anda semua memakai atau menyapu krim pelindung matahari yang ada kandungan SPF 15 supaya tak mengalami kulit terbakar atau senang cakap.

1428459232272

3. Makan makanan yang mengandungi vitamin C dan E, kerana terbukti mampu untuk menjaga kesihatan kulit, seperti buah-buahan (oren, epal) serta badam.

1468285413814

4. Hindari dari meminum minuman beralkohol, merokok serta jauhi stres dan tekanan. Ini kerana ternyata boleh membuatkan kulit anda semakin kendur dan kelihatan tua.

no-smoking

5. Gunakan krim malam ni membantu menenangkan kembali otot-otot muka yang da penat mengadap waktu siang. Gunakan selepas anda memakai toner, sebelum masuk tidur.

men-skin-care

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Februari 2017

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.