Skip to content

RYAN REYNOLDS WAJAH EKSKLUSIF WANGIAN ARMANI CODE

Kongsikan artikel ini

Memandangkan bakat dan aura keberadaannya tiada hadnya, pelakon kegemaran dan popular dari Kanada, Ryan Reynolds telah dinamakan wajah baru dan eksklusif untuk wangian Armani Code, untuk salah satu wangian lelaki jenama terkemuka Armani. Kempen cetak dan video yang menampilkan bintang “Deadpool”, bakal membuat debutnya pada bulan Februari bersama-sama dengan pelancaran penambahan baru kepada koleksi wangian, Code Absolu.

“Saya sukakan Armani. Saya suka jenama ini akan ketiadaan hadnya. Ada sesuatu yang sangat sinematik mengenai kempen seperti ini, dan ia terasa seperti semula jadi, ” katanya kepada majalah WWD. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Reynolds akan membintangi filem pendek yang diarahkan oleh ahli sinematografi dan pengarah Reed Morano “The Handmaid’s Tale”.

“Yang pasti, bauan cukup penting buat saya. Bauan boleh membawa kita mengimbas kembali memori masa kecil, suatu perhubungan, serta momen dalam hidup anda. Aroma adalah setem yang sangat tersendiri. Ia adalah sebahagian daripada jiwa kita”, jelasnya lagi.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Januari 2019

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut