Jika diintai laman sosial Instagram pelakon tampan, Saharul Ridzwan pasti ramai yang menyedari susuk tubuhnya yang dilihat semakai tegap dan sasa nyata mencuri perhatian netizen walaupun ini bukanlah pertama kali Saharul memiliki tubuh badan sebegitu. Mengenali Saharul di awal kemunculannya, dirinya memang seorang lelaki yang cukup menjaga penampilan dan sering kali mengunjungi gim bagi memastikan kondisi tubuhnya berada dalam keadaan sihat dan bertenaga.

Namun, transformasi sasanya kali ini ‘lain macam’, dan khabarnya kini beliau dalam rangka penyediaan untuk pengambaraan filem pertamanya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Penulis GL berkesempatan untuk menemubual Saharul Ridzwan sendiri dan bertanyakan sendiri rutin, persediaan dan pengorbanan ditempuhi bagi mendapat bentuk tubuh badannya yang terkini. Teruskan membaca…

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi tubuh Saharul sekarang? Kenapa ‘buat’ badan sekarang?

SAHARUL RIDZWAN: Kenapa ‘buat badan’ sekarang? Sebenarnya semua ini adalah untuk watak Leftenan Hafiz dalam filem pertama saya, Coast Guard yang dijangka akan ditayangkan sekitar tahun hadapan. Sebelum dapat tawaran filem ini pun, memang saya dalam perancangan nak ‘besarkan’ badan pun sampai 90 kg, so dah alang-alang baik jalan sekali. Target sebenarnya nak sizing sampai 100 kg, kemudian baru cut down.  Sekarang ini berat badan dalam 80-81kg, sasaran asal nak capai dalam 75kg.

GLAM Lelaki: Apakah agaknya tip yang Saharul amalkan untuk mendapatkan tubuh badan sebegini?

SAHARUL RIDZWAN: Sebenarnya, tiada apa-apa tip pun. Sama juga dengan lelaki-lelaki lain di luar saya yang selalu main gim. Rutin bersenam di gim dah lama, sejak 2011 lagi. Cuma sekarang ini, kita kena konsisten dan disiplin. Dan yang paling penting rajin bersenam dan jaga permakanan.  Itu yang saya ‘respect’ dengan lelaki-lelaki di luar sana yang betul-betul jaga badan. Mental asal jangan mudah koyak, itu saja..

GLAM Lelaki: Bagaimana pula soal diet dan pemakanan, boleh kongsikan sedikit?

SAHARUL RIDZWAN: Fasa pertama diet, saya cut down semua benda macam gula, garam, minyak. Cut down sikit-sikit, bukan cut habis. Saya bermula perlahan-lahan dulu. Kemudian minggu kedua, saya cut karbo dan ambil hanya protin dengan gula dari buah. Lepas itu, saya pantau progress dari situ. Jika kita nak cut daripada awal tak ambil karbo agak mustahil sebab saya pun memerlukan tenaga untuk shooting dan sebagainya. Makanan pula saya dapatkan dari Diet Monsta yang banyak memberikan nasihat tentang menu apa yang terbaik. Selain itu, sesi training dari coach saya, Abang Aji Radzi juga banyak membantu. Yang pasti, kita semua kena ada support system dan kalau seorang-seorang buat, memang tak ke mana.

Saharul bersama jurulatih peribadinya, Aji Radzi.

GLAM Lelaki: Mungkin boleh sentuh sikit pengorbanan yang Saharul lakukan untuk dapatkan badan seperti sekarang?

SAHARUL RIDZWAN: Pengorbanan paling besar adalah.. kita tak boleh makan yang sedap-sedap lah. Isteri saya, Deena jika sebelum ini masak makanan yang sedap-sedap macam tom yam, budu dan lain-lain lagi, dan sekarang ini dia hanya masak makanan yang boleh saya makan untuk maintain kan badan macam sup sayur dan sebagainya.

Saharul bersama isteri tersayang, Deena dan anak mereka, Ali.

GLAM Lelaki: Gambarkan kepuasan yang Saharul dapat lepas berjaya mendapat tubuh badan seperti ini. Adakah Saharul berpuas hati dengan badan sekrang?

SAHARUL RIDZWAN: Kepuasan sudah semestinya kita dapat rasai apabila tubuh badan kita dilihat semakin bertenaga, badan pun tak lemau. Jika sebelum ini, sekejap sekejap asyik nak tidur saja. Sekarang ini dengan rest 6 jam dan tidur 5 jam, cukup untuk saya untuk bangun dan bekerja. Badan pun dah sihat, dengan nutrisi seimbang dan sebagainya. Badan rasa ringan. Puas hati itu iya, tetapi kita tahu sesiapa saja yang main gim ini tidak akan pernah rasa puas dengan progress yang dilihat. Orang lain mungkin nampak progress badan saya ini dah ‘wow’, tetapi saya rasa saya masih lagi ‘half-way’, senang cerita baru 50% saja. Masih tidak sampai target saya sendiri. Insya allah dipermudahkan semuanya. Amin.

1 of 7

TRANSFORMASI TUBUH BADAN SAHARUL RIDZWAN

1 of 7