3 REJIM PEMANGKIN KEKUATAN TUBUH LELAKI
Tiga langkah untuk memangkin kekuatan tubuh dengan mencabarnya melakukan tekanan khas untuk bahagian atas badan. Bahagian kaki tetap menjadi kepentingan sebagai sistem bantuan utama melengkapkan rutin ini
- BARBELL OVERHEAD PRESS
Kunci untuk bahu mantap. Ia membina kekuatan otot khususnya di seluruh bahagian atas badan terutama bahu, belakang, triceps dan teras. Sudah tentu, latihan overhead press secara berdiri melibatkan seluruh tubuh badan. Ia memberi tekanan bermula daripada mengangkat barbell hingga melepasi atas kepala. Latihan ini membina dinding abdomen, menguatkan pinggang dan membina kestabilan melalui kaki. Walaupun overhead press agak mudah untuk dibayangkan, ia sebenarnya mempunyai daya angkat yang agak teknikal yang perlu didekati dengan bijak, diamalkan dan dikuasai.
- JUMP ROPE
Berbagai langkah untuk lakukannya. Kebiasaannya lompat tali seperti biasa. Namun, dengan 10 minit senaman ini dengan berbagai teknik lompatan mampu membakar 135 kalori secara pantas disamping itu mengukir bentuk pada dada, lengan, kaki dan bahu anda.
Menurut para peneliti di Jepun, lelaki yang melakukan lompat tali sebanyak 3 set berhasil mengekang nafsu makan mereka, terutama untuk makanan berlemak. Lebih besar dibandingkan mereka yang melakukan kardio pada mesin basikal di gim. Yang seronoknya, efek positif tersebut bertahan selama 15 minit bahkan selepas latihan. Gerakan melompat menyebabkan rasa lelah dan tidak selesa di otot. Perasaan tidak selesa tersebut menyingkirkan keinginan anda untuk makan.
- TRICEPS EXTENSION
Kebiasaannya dilakukan bersama bench, tetapi Matin menunjukkan cara lain dengan hanya menjarakkan kaki ke depan dan kebelakang secara bent sambil menahan dinding. Lebih terasa impak tekanan daripada triceps dan kaki. Ingat! Kunci siku dan bahagian yang dibenarkan bergerak hanya lengan. Lakukan 3 set dengan 10 pengulangan.
BINA KEKUATAN OTOT ANDA DI SINI;
FUEL ATHLETICS
Alamat:
No 3, Pinggiran Setia Budi
Pusat Komuniti, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2095 6500
Instagram: @fuelathletics
Website: www.fuelathletics.com.my
Arahan Seni, Teks & Penyelaras: Ryan Mohamad
Gambar: Raisa Azzam
Grooming: Lily Othman
Model: Matin Fayzal
Lokasi: Fuel Athletics, Pusat Komuniti Damansara
Pakaian: Lululemon Malaysia
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER
Raja Charles III disahkan menghidap kanser prostat baru-baru ini. Bagaimanapun ia bukanlah diagnos barah pertama di kalangan kerabat Britain.
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER
Baru 18 bulan menaiki takhta, Raja Charles III disahkan menghidap barah kelima penyebab kematian lelaki, kanser prostat.
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI
Ada seribu satu sebab mengapa anda sukar melelapkan mata pada waktu malam. Teknik 4-7-8 ini boleh membantu anda lena beradu.
5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL
Jawline atau rahang lelaki yang menonjol dianggap sebagai salah satu ciri yang paling menarik dan seksi. GLAM Lelaki mengesyorkan 5 senaman yang boleh dipraktikkan di rumah nanti.
5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR
Sesiapa yang pernah mengalami masalah kelemumur degil sering tertanya-tanya cara untuk mengatasinya, GLAM Lelaki menyenaraikan 5 langkah untuk merawat masalah kelemumur.