SENAMAN TERAS DI MANA SAJA

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon
Konsep, Teks & Penata Gaya: Sufian Sapari
Grooming: Emmy Agung
Model: Muhammad Addin
Gambar: Edmund Lee

option opening

LATIHAN ASAS DENGAN MENGGUNAKAN STRECHING BAND INI MEMBERI ‘ENJIN DI BAHAGIAN TERBABIT AGAR DAPAT DIPANASKAN SEBELUM BERMULA DENGAN SESI ATAU BEBAN YANG LEBIH MENCABAR. INI PENTING UNTUK MENGELAKKAN BAHAGIAN TUBUH MUDAH CEDERA

2-1
ONE ARM STANDING CURL

Kedua kaki berperanan sebagai beban untuk menahan tali dengan cara memijaknya. Latihan tertumpu pada bahagian lengan bicep dengan menarik band. Lakukan 10 kali dalam 4 pengulangan. Tukar sebelah tangan agar mengimbangi latihan.

 

3-3
DECLINE STANDING PRESS

Letak aras bend pada ketinggian dada ke atas. Berdiri di hadapan kabel dengan memegang band di kedua tangan. Seperti di gim, kedudukan lengan bermula 90 darjah dan tarik band ke hadapan. Ulang 10 kali dalam 4 pengulangan.

 

 2-3
BAND ROW STANDING LOW

Berdiri dengan memasang ‘kuda-kuda’ pada kedudukan paling maksima band mampu ditarik. Tarik pemegang dari ia bertemu dihadapan kea rah abdomen dan kembali keposisi asal dengan perlahan-lahan selepas jeda yang singkat. Pastikan belakang badan anda lurus sepanjang melakukannya.

 

 2-4
ABC EXTENSIONS

Besarkan tarikan! Cengkam dan tarik band hingga ke atas tanpa mengubah sudut siku melepasi kepala.  Bebaskan pergerakan daripada hadapan (tengah), ke atas kiri dan kanan. Buat 10 pengulangan dalam tiga set sahaja.

 

  3-1 3-4

 

Tags: , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.