TIP ELAK GASTRIK KETIKA BERPUASA

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Bagi mereka yang sering diserang gastrik, ia pastinya satu perkara yang sering ditakutkan ketika bulan puasa. Berpuasa sebenarnya tidak mengakibatkan gastrik yang sering diperkatakan bahawa gastrik berpunca dari perut yang kosong. Namun, sebenarnya gastrik terjadi atas sebab lain yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Jadi, GLAM Lelaki kongsikan cara untuk mengelak dari diserang gastrik.

1. JANGAN BERBUKA TERLALU BERAT

Tatkala tiba waktu berbuka, sering kali kita lihat ramai yang terus mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Jika anda terbiasa dengan pengambilan nasi putih, pastikan yang kuantitinya sama dengan sayur kerana karbohidrat pada nasi akan bertukar menjadi gula dan tenaga. Jadi, sayur akan berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke hula.

2. BERBUKA SECARA RINGAN

Perut juga mempunyai sensitivitinya yang tersendiri. Mereka yang mempunyai gastrik biasanya digalakkan untuk berbuka dengan makanan ringan seperti kurma, buah-buahan dan air suam. Ini kerana sakit perut yang diserang ketika berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi cara seseorang itu makan ketika berbuka. Mereka yang menghidapi gastrik perlulah memakan sedikit demi sedikit secara berperingkat ketika berbuka supaya perut tidak mengalami kejutan.

3. ELAK PENGAMBILAN KAFEIN KETIKA BERBUKA

Sebolehnya, elak dari mengambil kopi atau teh ketika berbuka. Ini kerana kafein yang terkandung merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar gastrik di perut menjadi lebih aktif.

4. ELAK PEMAKANAN TINGGI LEMAK

Elak dari mengambil makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia sebenarnya akan mengganggu kelancaran sistem pencernaan.

5. AMBIL MAKANAN KANDUNGAN TINGGI SULFUR

Ramai yang mempercayai bahawa ketika berpuasa, perut akan lebih mudah diserang gastrik walhal ianya kurang tepat sama sekali. Ketika berpuasalah sistem penghadamaan sedang berehat. Ini bermaksud rembesan asid hidroklorik dalam perut akan berkurang. Jadi semestinya ia tidak akan menjadi masalah sakit atau senak perut. Ambil makanan seperti brokoli, kubis dan bawang putih untuk mengawal kesakitan gastrik.

6. MAKAN SECARA SEDERHANA

Jika pesakit mengadu sakit perut ketika sesudah makan, ia mungkin berpunca dari masalah ulser perut kerana lapisan mikosa yang lemah. Sebaik-baiknya, makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta berhenti makan ketika sebelum kenyang.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Jun 2017 (Sumber: EH!)

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.