Skip to content

TIP KEKAL LANGSING DI HARI RAYA

Kongsikan artikel ini

Hari raya memang terkenal dengan hidangan-hidangan lazat lagi menyelerakan, maka sukar sekali buat anda untuk menolak ‘dugaan’ tersebut bukan? Yang pasti ramai berpendapat, tamatnya bulan Ramadan, bermulalah pesta ‘balas dendam’ memakan juadah makanan yang lazat di Hari Raya. Kemudian, merungut berat badan bertambah selepas raya. Tetapi jangan risau, GL ada beberapa tip yang boleh anda gunakan bagi mengekalkan kelangsingan selepas hari raya.

(Photo credit: @Far8byalteliaamani)

 

1. RANCANG WAKTU PERMAKANAN

Sistem pencernaan perut telah direhatkan setelah berpuasa selama sebulan. Bayangkan keadaan perut anda yang telah lama berehat dan secara mengejut diberi makanan yang banyak tanpa henti. Cadangan kami, rancang pemakanan anda dengan makan secara berperingkat. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak pada hari raya pertama. Beri masa untuk perut anda kembali beroperasi secara normal. Boleh?

2. KONSEP 20 MINIT

Anda perlu ingat, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk beraya dengan kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hidangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh. Hidangan “seimbang” itu bagaimana pula? Cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat etc), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Lepas tu baru makan manisan “sedikit”. (Sumber: kevinzahri.com)

3. ELAK MAKANAN MANIS

Kami tahu ianya sukar namun jika anda ingin kekal langsing, ini yang perlu anda buat? Makanan mengandungi gula berlebihan sememangnya taboo buat anda yang ingin mengekalkan keadaan tubuh badan. Sebolehnya kurangkan makan kuih raya yang banyak, dan elak dari meminum air yang bergas dan kordial. Banyaka minum air kosong.

4. SUMBER PROTEIN

Anda sememangnya digalakkan untuk mengambil makanan dari sumber protein seperti daging ayam dan ikan. Protein boleh mempertingkat kadar metabolisma tubuh kerana tubuh perlu lebih tenaga untuk mencerna makanan protein berbanding karbohidrat. Makan makanan dari sumber karbohidrat yang sihat seperti seperti sayur-sayuran. Jangan makan terlalu banyak makanan yang berkarbohidrat tinggi.

5. GUNAKAN PINGGAN YANG KECIL

Gunakan pinggan yang kecil ketika mengambil makanan. Ini merupakan cara disiplin yang dikatakan mampu mengawal saiz makanan yang anda ambil. Jika anda menggunakan pinggan yang besar pasti kuantiti makanan yang diambil juga bertambah banyak.

6. SENAMAN RINGKAS JANGAN DILUPAKAN PULA

Perkara ini adalah perkara paling wajib untuk kekal sihat. Curilah masa setidak-ridaknya 15 minit setiap hari untuk anda lakukan senaman ringkas di rumah. Lakukan senaman anda secara berjadual. Selain itu, kekal aktif apabila anda hadir ke rumah-rumah terbuka, seperti menolang tuan rumah menghidangkan air dan sebagainya. Tidak salah bukan?

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Jun 2017

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut