TIP TERBAIK BUAT JANGGUT LEBIH LEBAT

Adakah anda salah seorang dari lelaki yang ingin kelihatan maskulin dengan berjanggut, namun janggut anda tidak mampu untuk tumbuh dengan lebih lebat seperti yang diharapkan? Yang pasti, memperolehi janggut lebat tidak semudah yang anda bayangkan. Antara faktor utama adalah genetik kerana tidak semua mampu untuk menumbuhkan janggut di wajah mereka.

Walau demikian, ada cara untuk mengalakkan pertumbuhan rambut-rambut di wajah untuk tumbuh lebih baik dari segi volumnya. Namun jangan pula anda berharap anda akan kelihatan seperti Connot McGregor dalam tempoh semalaman. Semua itu masih bergantung pada faktor genetik, namun masih boleh diusahakan.

Oleh itu, antara yang mempengaruhi pertumbuhan janggut adalah nutrisi. Maksudnya apa yang anda makan sebenarnya mampu menpengaruhi pertumbuhan dan kesihatan rambut di wajah anda. Air dan makanan yang kaya vitamin B, vitamin C, zink, zat besi, dan omega 3 memberikan nutrisi yang diperlukan rambut untuk tumbuh.

Selain itu, tekanan juga mampu untuk membantutkan pertumbuhan rambut, bahkan membuatnya mudah gugur. Oleh itu, hindarkan diri dari tekanan yang melampau, dan dapatkan tidur yang mencukupi dan bersenam agar fikiran anda menjadi lebih tenang. Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak janggut atau beard oil yang kini sudah banyak terdapat di pasaran. Pastikan anda konsisten dalam merapikan bahagian janggut di wajah anda. Semoga bermanfaat!

Sumber: lifestyle.kompas.com

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Jun 2017

 

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.