TIPS KEKALKAN OTOT KETIKA BULAN PUASA OLEH COACH YIN

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Sewaktu bulan berpuasa, mengekalkan kondisi otot yang tegap dan muscular mungkin mencabar buat lelaki dek kesuntukan masa untuk ke gim serta pola permakanan yang tidak menentu. Oleh itu, bagaimana agaknya untuk mengekalkan keadaan otot agar tidak mengecut sewaktu bulan berpuasa ini. GLAM Lelaki menghubungi Mohd Tishrin Bin Mohd Adanan atau lebih dikenali Coach Yin, seorang jurlatih kecergasan yang berpengalaman malah pernah menyertai kelas kecergasan & pemakanan bina badan anjuran Majlis sukan negara (MSN), berkongsi tip terbaik untuk kekalkan otot ketika di bulan berpuasa ini. Teruskan membaca..

(Sumber photo: Instagram @coach_yin dan Shamsul Aqbary dari @tegaptvmalaysia)

1) BUAT COMPOUND EXERCISE

Bagi mengekalkan otot, saya mencadangakan untuk lelaki di luar sana untuk melakukan banyak senaman yang melibatkan push movement (bench press), pull movement (lat pulldown), squad dan deadlift. Senaman-senaman ini secara tak langsung akan buat lebih dari satu otot anda bekerja. Contoh otot yang bekerja waktu buat senaman Bench Press adalah chest (dada), tricep dan front delt. Secara tak langsung, compound exercise akan bantu untuk bina otot dengan lebih efektif. Yang penting, usah fokus otot kecil buat masa ini sewaktu bulan puasa.

2) REHAT YANG MENCUKUPI

Rehat adalah waktu dimana badan kita memproses baiki (repair) dan bina (rebuild) otot baru yang lebih kuat. Kalau tak rehat, sukar sekali untuk sel badan untuk melalui proses repair dan rebuild? Yang pasti, kurang rehat akan membuatkan otot anda mengalami muscle soreness atau kesakitan otot dengan lebih lama yang boleh mengakibatkan kecederaan sewaktu workout. Jadi, dapatkan rehat yang mencukupi.

(Sumber photo: Instagram @coach_yin)

3) KEKAL AKTIF

Sebenarnya tidak perlu pun pergi ke gimhari-hari, tambahan di bulan puasa ini. Yang pasti, workout setiap hari pun ada keburukannya untuk otot kalau pemakanan dan rehat tak dijaga. Istilah yang merujuk kepada keadaan ini saya panggil “counterproductive”. Sibuk mengangjat besi di gim hari-hari, namun tak nampak perubahan sebab makan tak cukup, makan tak jaga, rehat tak cukup, jadi apa gunanya bukan.

Oleh itu, set kan pada bulan puasa ini untuk pergi ke gim tiga kali seminggu sudah cukup. Lagi empat hari anda boleh melakukan active rest, untuk badan melalui recovery dan bina otot. Cadangan saya, outdoor run atau berjalan di sekitar pusat membeli belah membawa yang tersayang, sekurang-kurangnya empat jam. Dengan melakukan active rest ini secara tak langsung anda akan memberi peluang untuk joint terus bergerak dan dapat mengelakkan dari kecederaan dalam jangka masa panjang.

4) PROTIN MESTI CUKUP

Pengambilan protin sememangnya satu perkara yang amat penting. Untuk kegunaan harian, anda boleh menggunakan aplikasi MyFitnessPal untuk keep track pengambilan protein harian anda. Pengambilam makanan yang tinggi protin seperti ari ayam, ikan, telur dan lain-lain sememangnya digalakkan, terutama sekali sewaktu berbuka mahupun ketika bersahur. Cuba dapatkan minimum 60g – 70g protien setiap hari.

(Sumber photo: Instagram @coachyin)

Olahan Wan Mohd Firdaus, 13 Jun 2017

Artikel disumbangkan oleh Mohd Tishrin Mohd Adanan, atau lebih dikenali Coach Yin, seorang jurlatih kecergasan yang berpengalaman malah pernah menyertai kelas kecergasan & pemakanan bina badan anjuran Majlis sukan negara (MSN). Instagram: @coach_yin | Facebook: Coach Yin. Gambar: Shamsul Aqbary @tegaptvmalaysia. 

Tags: , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.