TRANSFORMASI TUBUH ‘LEAD SINGER’ IMAGINE DRAGONS NYATA MENAKJUBKAN! INI TIP DARI DAN REYNOLDS

Baru-baru ini ramai yang bercakap tentang transformasi tubuh penyanyi utama kumpulan ternama Imagine Dragons, Dan Reynolds yang nyata menakjubkan! Adakah beliau kini terlibat dengan pengambaraan filem sehingga ‘memaksanya’ untuk mempunyai tubuh persis Chris Evans dalam Captain America. Apparently yeah!

Jelasnya dalam temubual menerusi Men’s Journal, Dan sewajarnya untuk memiliki tubuh tersebut kerana ingin tampak segak di sisi pelakon aksi, Dolph Lundrgen menerusi muzik video terbaru mereka, Believer. Manakan tidak, dari tubuh saing-saing, kini tegap dan memiliki 6 pak sehingga tular di laman sosial. Apa rahsianya!

 

DIET

Dua bulan sebelum pengambaran: 2,900 kalori sehari, 175 gram karbohidrat, 220 gram protein, 120 gram lemak.

Diet 1: oat, 2 sudu mentega kacang, 4 biji telur, 2 sudu minyak zaitun, 1 sudu sayur.
Diet 2: 2 sudu serbuk protein, 1 cawan buah, 1 cawan susu badam, 1 cawan air.
Diet 3: 6 oz ubi keledek / separuh cawan beras, 1 cawan sayuran, 8 oz ayam dada.
Diet 4: 6 oz kentang manis / separuh cawan beras, 7 oz ayam atau stik.
Diet 5: 2 kek beras, 2 sudu mentega kacang.

BERSENAM

Dua bulan sebelum pengambaran, Reynolds melakukan tiga set 8 hingga 15 reps bagi setiap pergerakan di bawah ini, kecuali untuk pergerakan Olimpik, yang berada di kitaran 3 hingga 5 reps. Untuk bulan kedua, 15 atau lebih untuk setiap pergerakan (10 untuk gerakan Olimpik), lebih fokus pada bahagian atas badan. Selain itu, Reynolds juga mengamalkan rutin bertinju. Latihan mingguannya kemudian diteruskan dengan mengangkat bebanan, dua hari dengan bertinju, dan satu hari untuk yoga. Dan ini pula cara bagaimana Dan  menghabiskan waktunya dengan mengangkat bebanan berat:

Hari 1: Latihan Olimpik: Snatches, pulls up
Hari 2: Dada dan kaki: bench press, incline bench press, tekan dumbbell, squats depan, squats belakang, tekan bahu.
Hari 3: Pull exercise (Latihan tarik): Deadlifts Romania, deadlifts, rows.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Januari 2019 (Sumber: Men’s Journal)

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.