Skip to content

TRIK MELATIH KECERGASAN OTAK

Kongsikan artikel ini

Otak manusia adalah organ paling kompleks dan hebat sehingga boleh menyimpan ribuan data setiap hari. Otak juga mengawal segala pergerakan dan emosi manusia. Oleh itu, GL sediakan beberapa  tip untuk meningkatkan keupayaan dan kecerdasan otak. Jangan asyik fikir nak tidur saja!

1. AKTIVITI FOKUS

Contohnya bersenam! Tetapkan matlamat kamu dan lakukan senaman yang membuatkan kamu seronok. Gosok gigi atau melukis menggunakan tangan yang kamu kekok. Contohnya jika kamu selalu menggunakan tangan kanan, tukar ke tangan kiri. Gunakan laluan alternatif lain ketika memandu pulang ke rumah. Kamu boleh gunakan aplikasi Waze pertama kali menggunakan laluan baru, kemudian hafal dan lakukannya tanpa bantuan lain. Ini membantu memori kamu untuk fokus ketika cuba mengingat kembali laluan itu. Tonton filem bahasa asing yang mempunyai sari kata yang kamu faham. Latihan seperti ini membantu otak kamu untuk memproses perkara baru dengan bantuan pendengaran.

2. TIDUR DALAM GELAP 

Tidur dalam keadaan terang mengganggu kesihatan tubuh kamu. Cahaya yang terang meningkatkan lagi tahap stres dan membuatkan kamu lapar. Jadi sekarang kamu dah tahu punca sering lapar di waktu malam dan membuatkan kamu tidak lena tidur. Tidur dalam gelap membuatkan kamu lena dan tidur lebih lama 6-8 jam seterusnya merehatkan otak. Ia juga meningkatkan 30% fungsi otak berbanding tidur dalam lampu yang terang.

3. SISTEM PYHTHAGORAS 

Sistem ini adalah mengenai latihan mengira, menulis informasi dan nota dan analisis. Berita kurang baik untuk kamu yang kurang gemar subjek Matematik. Sistem ini melatih otak menyelesaikan masalah, menerima info baru dan memproses analisis. Jadi rajin-rajinlah membuat latihan mengira. Kira duit gaji misalnya?

4. SEBARKAN CINTA

Perasaan cinta dan sayang meransang kreativiti otak! Aura positif ini membuatkan otak kamu aktif dan seterusnya menjadi gembira, tenang dan meredakan tekanan. Ambil masa sekurangnya satu jam sehari dengan berbual bersama pasangan, bergurau senda dengan yang tersayang ataupun berikan mereka pelukan. Kenapa perlu membenci sedangkan kamu boleh menyintai?

Sumber: Cosmo

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut

6 MASALAH GAYA YANG SERING DIHADAPI LELAKI MENURUT PAKAR FESYEN

Bacaan Lanjut
kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Bacaan Lanjut