UJIAN KECERGASAN RONALDO MENGEJUTKAN, MENGALAHKAN PEMAIN 20-AN!

Siapa menyangka, di usia 33 tahun pemain bola sepak handalan, Cristiano Ronaldo masih menjadi pilihan kelab-kelab gergasi walaupun ramai pemain muda silih berganti. Buktinya bekas ‘ayam tambatan’ Real Madrid itu kini sah bergelar penyerang Juventus dengan nilai 105 juta pound, antara nilai perpindahan pemain termahal abad ini!

Apa yang menjadi perbualan dalam kalangan peminat sukan adalah hasil ujian kecergasan yang dilakukan terhadap Ronaldo. Yang mengejutkan, kemampuan fizikalnya menyamai pemain bolasepak berusia 20 tahun. Menurut laporan rasmi, Ronaldo hanya ada tujuh peratus kandungan lemak badan, tiga peratus kurang daripada jumlah purata pemain bola sepak profesional.

“Saya akan berusaha sehabis baik dalam menunjukkan bahawa saya pemain utama, seperti biasa. Saya akan bekerja keras dalam setiap latihan. Saya sangat bercita-cita tinggi dan saya sukakan cabaran. Saya tidak suka berada di zon selesa”, jelas Ronaldo ketika menandatangani kontrak bersama kelab itu.

Dengan kata lain kekuatan Ronaldo setanding pemain yang 13 tahun lebih muda daripadanya. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan statistik ujian kandungan lemak badan, berat otot dan kepantasan larian beliau walaupun berusia 30-an. Berat ototnya pula 50 peratus atau empat peratus lebih rendah sementara larian terpantasnya ketika Piala Dunia 2018 yang lalu adalah 33.98 kilometer sejam, paling pantas berbanding pemain lain dalam temasya berkenaan.

So guys, apa sebenarnya yang menghalang anda lagi untuk mengamalkan gaya hidup sihat?

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Julai 2018 (Sumber: Awani)

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.