Skip to content

12 TEKNIK PEMAKAIAN SUT PERLU ANDA IKUTI

Kongsikan artikel ini

Setiap lelaki pasti akan kelihatan segak dan bergaya jika menyarung sut di badan, terutama sekali sewaktu majlis formal mahupun makan malam. Tidak dinafikan, sut bisa meningkatkan imej dan penampilan seseorang. Namun, tahukah anda, menggayakan sut juga ada peraturannya? Oleh itu, GL senaraikan 12 peraturan pemakaian sut patut anda ikuti.

  • Sut yang dipakai mestilah mengikut potongan dan ukuran badan.
  • Pocket square menyempurnakan penampilan seseorang yang memakai sut. Pastikan warna dan corak kain tidak sepadan dengan tali leher.
  • Lebar tali leher haruslah sama dengan lebar ‘lapel’ pada kolar.
  • Pastikan stokin cukup panjang dan elakkan daripada mendedahkan bahagian kulit kaki ketika duduk.
  • Warna tali leher perlu lebih gelap daripada baju kemeja yang dipakai di dalam.

  • Tali leher yang dipakai perlu dipendekkan sedikit dan tidak melepasi pinggang seluar.
  • Tali pinggang haruslah cukup nipis dan perlu sepadan dengan warna kasut. Barulah nampak bergaya.
  • Pastikan tangan anda boleh diselit di antara bahagian dada pada sut yang dibutang.
  • Apabila duduk perlu membuka butang sut supaya tidak merosakkanya.
  • Cuff lengan kemeja perlu didedahkan dalam setengah inci daripada lengan sut.
  • Jika memakai vest, butang paling bawah perlu sentiasa dibuka. Ini akan memberi keselesaan apabila anda bergerak.
  • Sut anda mesti cukup panjang sehingga menutupi zip seluar dan pinggul.

Selamat mencuba!

Sumber: Majalah Jelita, olahan oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut