5 TIP FESYEN ‘SIMPLE BUT NICE’ UNTUK LELAKI

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Lelaki masa kini juga mahu kelihatan bergaya. Dengan memiliki gaya yang sesuai, ia sebenarnya dapat menambahkan keyakinan dalam diri, namun tidak semestinya perlu berlebihan. Yang penting, amalkan gaya yang sederhana dan pentingkan aspek ‘simple but nice’. Tetapi bagaimana? Teruskan membaca..

1. ‘FIT’ ALWAYS WORKS

Ini merupakan peraturan utama apabila anda cuba mengenakan apa saja pakaian pada tubuh badan anda. Pastikan pakaian yang disarungkan itu benar-benar padan dengan tubuh badan anda. Tidak terlalu ketat dan tidaklah terlalu longgar. Pastikan pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah ‘dipeluk tapi bukan dijerut’. Fit bukan bermakna ketat ya!

2. WARNA MAINKAN PERANAN PENTING

Simple is enough guys! Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pengayaan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. More than that, is a big no no! Anda pasti tidak mahu dicopkan over the top bukan? Pemakaian yang ringkas seperti blazer dan jeans dilihat antara pilihan yang terbaik.

3. JANGAN TERLALU IKUTKAN TREND

Hati-hati dengan trend pakaian yang muncul dari semasa ke semasa. Setkan dalam kepala anda bahawa tidak semua trend bersesuaian dengan tubuh dan gaya anda. Anda ingat trend itu cool, namun malangnya trend juga bisa memusnahkan. Sarunglah apa saja asalkan ia sesuai dan bersederhana, okay?

4. TAK PERLU ACAH-ACAH BERADA

Pemilihan pakaian yang simple but nice is okay, tetapi anda dinasihatkan agar untuk membeli pakaian yang benar-benar diperlukan sahaja. Anda tidak perlu membeli skarf ataupun clutch just to look good and expensive. Apa-apapun cermin diri anda terlebih dahulu. Ini kerana sebaik saja anda mencipta gaya ‘acah-acah’ tersebut, orang di sekililing pasti akan menilai dan menantikan penampilan anda di hari-hari yang seterusnya. Risaukan pula anda tak boleh ‘catching-up’. Buat malu saja!

5. PADANAN

Ada waktunya pakaian anda tidaklah mahal mana, tetapi tampak simple but still looks classy and expensive. Bagaimana? Senang saja! Anda perlu bijak memadankan pakaian anda tersebut. Sekiranya anda memakai kemeja berbutang kosong yang biasa, cuba padankan dengan seluar khakis mahupun slack, selain seluar jeans. You’ll look different! 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 September 2017

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.