Skip to content

BERPRESTASI & STYLISH

Kongsikan artikel ini

Gaya hidup masa kini yang membutuhkan kita multi tasking dalam sesuatu masa telah mengilhami nike untuk memperkenalkan Nike Air Max 270 React. Kegiatan harian lebih mudah terlaksana dengan tersarungnya Nike Air Max 270 React pada kaki. Berprestasi tinggi yang dilengkapi kecirian penting-menepati aspek yang diperlukan dalam reka bentuk sniker moden.

Sniker keluaran terbaru Nike, Air Max 270 React hadir dengan reka bentuk pinjaman stail ’80-an yang stylish yang menggabungkan kenyamanan dan gaya dalam stail harian. Dilengkapi dengan teknologi react menjadikan sniker ini menjadi lebih mantap dipakai kerana menambah momentum saat berjalan atau berlari dengannya.

Kelengkapan react tersebut merupakan tambahan baru dalam kelompok Air Max. Hadir dalam versi ‘everyday-trainer’ yang menampilkan warna beragam, yang sama menonjolkan sisi fesyen Nike. Dedikasi penggemar fesyen yang mahukan penegasan gaya pada kasut.

Sniker ini turut hadir dengan reka bentuk yang berinspirasikan Element React 87 yang membuatnya lebih ringan dan tampak lebih teliti butirannya. Tak hanya itu, sniker ini juga tidak mempunyai jahitan pada panel sniker yang tetap dapat menahan kaki saat berjalan atau melaju dengan kecepatan tinggi.

 

Dari sisi tampilan, Air Max 270 hadir dengan konstruksi asli Air Max yang sedikit chunky, seiring dengan trend semasa. Kenyamanan sniker ini usah dipertikaikan lagi. Keringan dengan lapisan atas yang lebih tebal dan kuat menjanjikan urusan harian anda lebih efisien dan berjalan lancar. Prestasi Air Max 270 diperkukuhkan lagi dengan sistem udara yang terbaik kerana dilengkapi pengudaraan dalam kasut yang menjamin sirkulasi udara dalam sniker. Perihal keselesaan masih menjadi kepentingan.

Setelah mencuba sendiri Air Max 270 untuk seminggu ke kerja, saya tidak berasa kekok mahupun bimbang akan stail yang memaut padanya. Pilihan warna ‘colour ways’ yang menggabungkan blok-blok warna, menampilkan rangkaian yang penuh gaya. Sesuai buat saya yang tidak gemar mengehadkan stail harian, maka itu dengan paduan Air Max 270, variasi gaya boleh saya padankan bersama. Sungguh pun, bersangkutan dengan kefungsian, keperluan terhadap perihal stail tidak disingkirkan dan faktor stail yang terdepan menjadi tawaran paling ideal.

Saya mencadangkan Air Max 270 React sebagai item utama dalam pengendalian rutin harian dan jangan terhadkan pemakaiannya. Sniker bersifat fleksibel, sentuhan garapan stail era ’80-an merupakan tambahan yang mempunyai impak di sebaliknya. Tambahan lagi, sniker ini memiliki kecirian yang direka untuk menyerap energi saat berjalan laju atau berlari dan memantulkannya kembali sehingga mengekalkan kenyamanan.

Ada kalanya, saya terpaksa berjalan cepat dalam jangka waktu yang tak terjangka, Air Max 270 React dapat mengatasinya dengan mudah. Terdapat beberapa bahagian pada kasut yang dilengkapi penginovasian luar biasa untuk memaksimumkan fleksibiliti gerakan. Ikut kreatviti anda untuk memadankan Air Max 270 React dengan stail pilihan supaya gaya peribadi unggul terbias.

 

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023

Bacaan Lanjut
10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023

10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut
8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023

8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023

Bacaan Lanjut
10 STAIL SELEBRITI LELAKI YANG MENCURI PERHATIAN DI FASHION AWARDS 2023

10 STAIL SELEBRITI LELAKI YANG MENCURI PERHATIAN DI FASHION AWARDS 2023

Bacaan Lanjut
10 GAYA SEGAK SELEBRITI DI KARPET MERAH ACADEMY MUSEUM GALA

10 GAYA SEGAK SELEBRITI DI KARPET MERAH ACADEMY MUSEUM GALA

Bacaan Lanjut