Skip to content

But bola khas buat Cristiano Ronaldo

Kongsikan artikel ini
Oleh: Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Tahun 2016 semestinya tahun yang cukup manis buat pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo. Selain berjaya membawa pasukannya mara ke final dalam UEFA Champions League untuk Real Madrid dan UEFA Euro 2016 bersama Portugal, Ronaldo juga berjaya ‘memintas’ nama-nama besar jagoan bola sepak, Lionel Messi and Antoine Griezmann, apabila dirinya dinobat penerima Ballon d’Or buat kali ke-4 sepanjang kariernya baru-baru ini.

“Saya jangkakan saya akan memenangi anugerah ini sekali, tetapi tidaklah sebanyak 4 kali. Jadi saya percaya saya mampu untuk menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia.” Itu merupakan kata-kata seorang jaguh sewaktu menerima anugerah tersebut sambil disaksikan oleh ibu dan anak lelakinya.

15442311_10154908995657164_4947359459482493381_n

Christiano Ronaldo bersama dengan trofi Ballon d’Or yang dimenanginya 4 kali.

Atas sebab itu, penaja utama Ronaldo, Nike menganugerahkan beliau sebuah but yang direka khas atas pencapaiannya yang cukup membanggakan.

Nike khabarnya akan mengeluarkan but bola edisi khas Cristiano Ronaldo CR7 yang dihasilkan menggunakan material Flyknit dengan warna Pure Platinum dan warna tapak yang keemasan, sepadan dengan warna trofi yang dimenangi Ronaldo. Nike telah menamakan but khas tersebut ‘Vitórias’ dalam bahasa Sepanyol, yang dalam bahasa Inggeris bermaksud ‘Victory’.

Dikhabarkan but khas ini akan berada di pasaran tidak lama lagi (jangkaan awal tahun hadapan) dan dijual dalam kuantiti yang terhad 777 pasang sahaja, yakni nombor yang cukup sinonim dengan Ronaldo.

4_original1_original9_original

Oleh itu, nantikan kemunculan but istimewa ini tidak lama lagi dan pastikan anda antara yang bertuah memilikinya. Way to go Christiano Ronaldo!

Photo credit: FB Christiano Ronaldo & news.nike.com

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut