Skip to content

BOLDER & BOLDER!

Kongsikan artikel ini

BERTUNJANGKAN HELAIAN MUSIM LURUH 2016, GLAM LELAKI MEMAPARKAN TAKTIK BERGAYA BOLD YANG TERASING DARIPADA ASOSIASI MUSIM LURUH. SERINGNYA PALET NEUTRAL DAN GAYA RINGKAS MENDOMINASI. TIBA MASANYA BERANI BEREKSPERIMEN IMEJ YANG LEBIH BERKARAKTER LANGSUNG MENTERJEMAHKAN LANGKAH MODENISASI LELAKI ALFA.

Teks, Penyelaras & Penata Gaya: Johan Kassim   Grooming: Emmy Agung   Gambar: Raisa Nor Azzam   Model: Diogo A (Andrews Models)

Kot bulu

1

Kot bulu ini cukup WOW sekali. Benar-benar outstanding. Tetapi bukan outstanding yang dibuat-buat. Sarung sahaja, ia pasti mencuri tumpuan dan pembaharuan gaya yang diinginkan akan mudah dikecapi. Agak bosan kut dengan kot labuh tradisional seperti camel coat, kot hitam dan kot warna olive green, kami lihat kot bulu Bally ini sebagai escapism gaya lelaki. Ia mampu membuatkan lelaki lari daripada norma biasa dan menyalurkan attitude tersendiri. Opsyen berani buat si lelaki untuk mencipta sedikit pengubahsuaian dalam penampilan. Taktik sempurna bagi lelaki mahu tampil ‘bold’ musim ini. Semuanya daripada Bally.

Layering over the top

2

Stail layering tak mungkin dapat diasingkan daripada gaya musim luruh. Selain kot labuh atau jaket parka, jaket varsity Love Moschino ini juga boleh dijadikan tunggak utama sekiranya ingin mencipta gaya layering. Semangat sukan dan ‘nonchalant’ terbias sempurna menerusi teknik layering ini. Sesuatu gaya baru mesti cuba buat lelaki melangkah ke musim baru. Jaket varsity: Love Moschino. Baju kait, seluar & skaf: Burberry.

atas bold bawah ringkas

3

Penyatuan gaya bold dan ringkas ini menggambarkan dimensi baru gaya lelaki. Khusus buat lelaki yang masih belum berani bergaya bold sepenuhnya, bolehlah mulakan dengan opsyen mencuba helaian atas sahaja bold dahulu. Dipadankan dengan seluar ringkas. Seperti jaket ala militari Versus Versace ini digubah lebih menonjol dengan perincian bulu pada bahagian kolar. Nampak lebih ‘attitude’. Lengkapkan dengan menyarung seluar jeans hitam. Seperti stail bintang rock pun ada ya? Semuanya daripada Versus Versace.

SILUET BARU

4

Baju panas Bottega Veneta ini menyusun satu bentuk gaya baru. Pada kami, helaian tersebut mencipta sesuatu yang selesa untuk lelaki kala dingin. Tidak terlalu tertumpu pada gaya berkot mendatar, sebaliknya memberikan tenaga pada gaya. Secara kasarnya, look ini taklah terlalu bold, tetapi siluet dan potongannya yang cukup jelas menceritakan estetika uniknya. Pasti menjadi pilihan buat lelaki gemar look yangsedikit subtle and refined. Semuanya daripada Bottega Veneta.

GAUCHO VIBES

5

Jaket denim dilengkapi sherling tebal paling sesuai digayakan pada musim sejuk. Lagipun, jaket ini bukan jaket denim biasa, ia memiliki ajnas cool patches pada permukaan jaket. Banyak penegasan dari aspek fabrication. Tebal dan kualiti pun boleh tahan hebatnya. Dan itulah yang kita mahukan! Sesuatu yang unik, cool dan percubaan baru terhadap fesyen lelaki. kalau terasa penegasan melampau, mungkin ‘tone down’ dengan aksesori ringkas? This could be the coolest fall’s outerwear. Semuanya daripada Gucci.

crazy prints & coloUrs

6

Gucci Musim Luruh 2016 olahan Alessandro Michele antara himpunan terbaik musim ini. Alessandro Michele ternyata membawa perubahan drastik juga positif terhadap penciptaan Gucci. Mencari rekaan ‘loud’? Gucci menawarkan segalanya yang ‘loud’, daripada jaket, beg, topi sehinggalah kasut. Tracksuit Gucci sarat cetakan ini diperindah dengan hiasan bunga pada bahagian depan jaket, lantas melambangkan era baru Gucci. Karikatur Peanuts yang ditampilkan pada singlet menyunting elemen ‘playful’. Bergaya ‘bold’ dengan menyarung tracksuit Gucci ini menguasai sesuatu yang segar untuk arena fesyen lelaki. Semuanya daripada Gucci.

 

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut