Skip to content

THE CHAINSMOKERS X TOMMY HILFIGER FALL ’17

Kongsikan artikel ini

Duo muzik terhangat abad ini, The Chainsmokers yang terdiri dari bandmates, Alex Pall dan Drew Taggart menjadi wajah pilihan ekslusif untuk kempen musim luruh terbaru untuk jenama pakaian terkenal Tommy Hilfiger. Seperti biasa, duo kacak ini ‘mempersembahkan’ diri mereka dengan suiting yang sleek dan kasual bersesuai dengan jejaka milenial masa kini.

Jelas Tommy Hilfiger tentang pelantikan duo tersebut, jelasnya “The Chainsmokers kini berada di pusat landasan budaya pop moden dan muzik serta personaliti mereka adalah bunyian yang mewakili penonton global. Alex dan Drew merupakan definisi sempurna Tommy Guy hari ini – berbakat, berkeyakinan, unik dan bersahaja membuatkan mereka antara yang menonjol dalam dunia muzik hari ini. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan mereka di ruangan fesyen kali ini. ”

Yang menariknya, sebagai tambahan kepada item kunci seperti baju panas blok berjalur jenama ini, The Chainsmokers turut tampil dalam sebuah video khas di mana mereka mempersembahkan lagu ‘Young’, memakai seleksi fesyen terkini untuk musim luruh tersebut. Layari pautan di bawah untuk menonton video persembahan mereka.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 September 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut