Skip to content

COACH LIGHTS UP SHANGHAI!

Kongsikan artikel ini

Sungguhpun suhu malam mencengkam sekitar 1 darjah Celsius, sidang media juga komuniti fesyen yang tekun berbaris di luar Pusat Seni West Bund, Shanghai, Disember lalu bagai tak menghiraukan kedinginan salju musim sejuk. Rakan-rakan media – termasuk GLAM Lelaki yang mendapat undangan eksklusif ini – sudah terlalu teruja dan tidak sabar menanti apa yang tersorok di sebalik pintu besar lokasi itu.

Because this is the show of the season! Buat julung kalinya, pereka Stuart Vevers membawa runway show Coach ke China, sempena meraikan 15 tahun kehadiran Coach di negara itu.

Diberi nama Coach Lights Up Shanghai, Vevers bakal membentangkan koleksi Pra-Luruh 2019 untuk lelaki dan wanita, mengambil peluang ini untuk menyuntikkan energi New York ke kotaraya Shanghai.

Barisan model di belakang pentas Coach Pra-Luruh 2019

Semestinya satu majlis yang cukup gah menuntut kehadiran bintang-bintang ternama dunia untuk memenuhi barisan kerusi hadapan pertunjukan fesyen ini. And what a guests list! Antaranya duta haruman Coach, pelakon Hollywood, Chloe Grace Moretz, selain duta jenama, pelakon China, Timmy Xu dan pelakon Jepun juga model Kiko Mizuhara. Namun, turut menggamatkan lagi suasana pada malam itu ialah dua ahli kumpulan K-Pop yang tengah hangat kini, Ji Soo dan Rosé dari BLACKPINK, aktor Lawrence Wong, model Liu Wen, pelakon Taiwan, Hannah Quinlivan dan Nick Chou, duo muzik Jepun, AMIAYA, dan tak ketinggalan pasangan sensasi dari Malaysia, Fattah Amin bersama isterinya, Nur Fazura.

Pereka Stuart Vevers (dua dari kanan) bersama rakan-rakan artis kolaborasi untuk koleksi Coach Pra-Luruh 2019

Bila berbicara tentang pertunjukan Coach, ramai yang menantikan set persembahan yang nescaya epik dan mengagumkan. Kali ini, Stuart Vevers tidak menghampakan! Memasuki arena, ruang industrial Pusat Seni West Bund telah digubah menjadi senario jalanan New York. Merangkumi dua lorong jalan utama dilengkapi beberapa lampu isyarat, seleksi kereta vintaj dan papan tanda neon pada facade yang menggambarkan aneka barisan kedai. Memang terasa bak menjejak kaki ke kota Big Apple!

Pentas peragaan bertemakan kota New York

Mendapat ilham dari kota Shanghai sendiri, Vevers sempat merekut beberapa model dari China untuk sama-sama menjayakan show ini. Rekaan koleksi ini menerokai attitude New York yang antaranya mengambil aspek elegan Rock ‘N Roll sebagaimana yang dipopularkan oleh Alice Cooper di awal era ’70-an. Hasilnya, unsur tailoring yang diperpanjangkan, dan himpunan kasut gaya tampalan. Jaket suede dan kulit bersiluet lembut, menghampiri ilusi second skin. Permainan grafik yang bold pada baju panas dan knitwear, seakan-akan dipakaikan karya seni abstrak. Helaian-helaian koleksi ini sengaja direka agar cukup versatil untuk menggalakkan teknik mix-and-match. Kerana Stuart Vevers percaya pada ekspresi si individu – pakailah rekaan Coach sebagaimana yang anda mahukan! It’s up to you.

Gaya individual, Coach Pra-Luruh 2019

Unik sekali, koleksi ini turut menyaksikan kolaborasi Coach bersama empat artis lokal, di mana mereka dijemput untuk menggunakan ‘maskot’ Coach – si raksasa Rexy – mengikut kreativiti masing-masing. Artis Sui Jianguo, misalnya, merakam foto arca Rexy yang kemudiannya diputarbalikkan menjadi cetakan. Zhu Jingyi pula melukis maskot ikonik ini dalam medium dakwat manakala Guang Yu yang terkenal dengan karya grafik menghidupkan semula motif Rexy dalam versi grafiti. Kemudian, kolektif muzik YETI OUT menerapkan imej Rexy ke dalam grafik wajah bulatan signatur mereka.

The after party!

Usai pertunjukan, runway pun terus berubah menjadi tapak parti sebaik sahaja disco ball gergasi diturunkan dari lelangit dewan. Snek ala New York – bertih jagung, bagel, sliders, fries, nasi goreng (hey, we are in China) – menjadi pilihan santapan sementara duta jenama Timmy Xu, rakan kongsi acara Thomas Bray dari YETI OUT dan DJ Dazzy memutarkan playlist masing-masing untuk membentuk runut bunyi malam pesta Coach di Shanghai.

ALBUM COACH LIGHTS UP SHANGHAI

1 of 33

Nur Fazura & Fattah Amin di pertunjukan Coach Pra-Luruh 2019 di Shanghai

1 of 33

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Coach Fall 2024

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN COACH FALL 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut