DAVID BECKHAM X KENT & CURWEN SPRING 2018
Rezeki lagenda bintang bola sepak, David Beckham dilihat semakin murah apabila dilamar menjadi wajah eksklusif untuk kempen musim bunga jenama pakaian Kent & Curwen tahun 2018. Tampak segak dan langsung tidak dimakan usia, wajah David dipotretkan oleh jurugambar terkenal, Willy Vanderperre untuk kempen ini. Mengaya dan mengilham stail yang diinspirasikan sukan, item kempen kali ini lebih memperlihatkan aspek atletik dalam bergaya.
Selain itu, tema pakaian kempen ini turut dipengaruhi oleh zaman sukan Olimpik dihoskan oleh London selepas Perang Dunia kedua memperlihatkan kepelbagaian item menunjukkan kesinambungan perpaduan dengan lencana-lencana negara. Dan hasilnya, David Beckham tampak segak dan kemas dengan koleksi terkini Kent & Curwen seperti kemeja rugbi Union Jack dan lain-lain.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Februari 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Bright Vachirawit akan membuat penampilan istimewa pada 23 April ini untuk meraikan produk terbaru Kiehl's di Mid Valley Megamall. Bright Vachirawit yang merupakan pelakon dan penyanyi terkenal juga sering dilihat dengan gaya fesyen yang menarik perhatian ramai.
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN
Selepas menghasilkan lebih 100 koleksi selama 38 tahun, Dries Van Noten bakal mempersembahkan koleksi terakhirnya pada musim panas ini.
15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?
5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR
Dengan keadaan cuaca yang sentiasa panas dan lembap, UNIQLO Malaysia memperkenalkan Miracle Air, koleksi pakaian workwear yang ringan, selesa, bebas-kedut dan cepat kering untuk mengelevasi gaya profesional anda ke pejabat.
SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA
Label fesyen Itali, Sisley melancarkan stor flagship pertama di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Valentino Le Ciel Men Fall/Winter 2024 oleh Pengarah Kreatif, Pierpaolo Piccioli. Saksikan secara livestream pada 21 Januari 2024 bersempena Minggu Fesyen Paris.