Age does not matter at all! Itu yang kami dapat simpulkan menerusi beberapa keping gambar seorang warga emas yang ‘dikerja’kan cucunya selepas dirinya menjadi bahan eksperimen fesyen. Seorang datuk, yang juga pengetua sekolah pencen berusia 84 tahun, Tetsuya akhirnya terjebak dalam kancah fesyen selepas cucunya, Naoya Kudo pulang ke kampungnya di Wilayah Akita untuk melawat bekas guru subjek Kimia ini sempena cuti Minggu Emas Jepun.

Ketika pertemuan itu, Naoya bertanya sama ada datuknya sudi menjadi model pakaian pereka yang baharu dalam industri. Bersetuju dengan cadangan cucunya, mereka berdua meluangkan masa berkualiti bersama dan bereksperimen dengan fesyen. Namun tidak disangka gambar-gambar yang dirakam akan menjadi perhatian malah tular di laman-laman sosial!

Bukan sekadar memperagakan pakaian, Kudo memberitahu BuzzFeed News yang datuknya membantu memilih lokasi penggambaran malah merancang penggambaran bersama-sama. Khabarnya, mereka turut ke padang, pantai berhampiran kediaman Tetsuya, termasuk sekolah yang menjadi tempat warga emas itu bertugas sebagai pengetua dahulu.

Teruja dengan reaksi yang diterima, Naoya membuat keputusan membuka satu akaun Instagram khas buat datuknya dan khabarnya akaun Instagram @SLVR.TTY berjaya menghimpunkan seramai 107,000 pengikut and counting.

Way to go grandpa! Jom kita saksikan gambar-gambar lain yang sempat dirakam.

1 of 7

1 of 7