DOCKERS RAIKAN PENJENAMAAN BARU DENGAN PEMBUKAAN BUTIK DI THE GARDENS

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Dockers, padanan celana khaki terbaik di pasaran, baru-baru ini membuka butik terbaharunya di salah satu destinasi membeli-belah paling hangat di Malaysia, Isetan The Gardens Mall Kuala Lumpur. Terletak di aras tiga, ruang butik seluas 992 kaki persegi ini dijangka berupaya mengeratkan semula hubungan dan rangkaian dengan lebih ramai pelanggan lelaki, selain mengukuhkan nama Dockers® sebagai jenama khaki terunggul menerusi kempen “Always On”.

Butik ini mengadaptasi konsep California, dengan hiasan imej menarik dan dekorasi yang dipertingkatkan untuk mencetuskan impak klasik serta santai, sama seperti di tempat asal jenama ini di Bay Area. Sejurus melangkah ke dalam butik, pengunjung disambut dengan paparan tingkap yang menakjubkan dan dihiasi lekapan istimewa. Saat berada di dalam butik, pengunjung boleh melihat Fit Guide bersaiz besar terletak di depan laluan masuk ke ruang mencuba pakaian bagi membantu pelanggan mendapatkan padanan ideal.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, butik ini dilengkapi dua bilik untuk mencuba pakaian dan juga merupakan ruang menunggu. Pelanggan dapat melihat diri mereka dalam persekitaran cahaya yang berbeza, dengan pencahayaan khas diletakkan di bilik itu. Dilengkapi pilihan 4-dalam-1, pelanggan juga boleh mengenal pasti padanan yang sesuai dengan menggunakan sama ada lampu putih atau kuning, juga dalam persekitaran normal sehinggalah kepada keadaan terang.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 September 2017

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.