Skip to content

DOMINASI SNEAKERBOOTS MANIA OLEH TIMBERLAND

Kongsikan artikel ini

Pada musim luruh ini, Timberland memberi inspirasi kepada penggemar but untuk terus bergerak! Bila anda memilih sepasang but, kehidupan aktif pasti menjadi pilihan anda. Sempena kejayaan koleksi pertama , Timberland kini kembali bersama koleksi sneakerboots yang lebih energetic, dan mempunyai teknologi atletik terbaik diadun dengan butiran kraf dan kulit premium untuk gaya hidup aktif di mana jua anda berada.

Penggemar kasut Timberland menjalani kehidupan berdasarkan Modern Trail, dan Timberland tahu bagaimana gaya hidup outdoor lifestyler sentiasa perlu bersedia untuk kembara harian mereka. Merangkumi hati sepasang but dan jiwa sepasang sneakers, But Kulit Flyroam dicipta dengan sistem tenaga Aerocore™ yang baru, oleh itu, but ini lebih ringan dan lebih cepat. Kini, anda tidak perlu mengorbankan prestasi untuk penampilan baik apabila anda memilih but inovatif ini. Berjalan dengan bergaya dan rock n ‘roll dari siang hari sehingga malam.

Koleksi ini menggabungkan gaya dan fungsi dengan pelbagai pilihan kasut yang ditawarkan oleh Timberland. Oleh itu, Killington Sneakerboots adalah pilihan hibrid lain serta bukan penghalang untuk anda menjalani aktiviti harian. Dibuat dengan tiga lapisan sistem keselesaan SensorFlex™ ia memberikan sokongan pada tapak kaki, suspensi  bebas dan lebih fleksibiliti, but ini membolehkan anda untuk mengalami keselesaan yang berganda di mana-mana permukaan sahaja. Bermakna anda boleh pergi mendaki bukit Broga di waktu pagi, menikmati secawan teh bersama rakan di waktu tengah hari, dan akhiri hari anda dengan makan malam bersama klien berpenampilan segak bergaya.

Mencerminkan tona warna dan gaya yang lembut sempena musim luruh, koleksi sneakerboots terbaru Timberland menyediakan pelbagai pilihan untuk anda serta mempunyai rasa yang berlainan. Tidak kira jika anda berpakaian dengan jaket kulit klasik atau dipakai bersahaja dengan tee asas, anda masih kelihatan segak dan rasa terbaik dalam pengembaraan harian anda.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Julai 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut