Skip to content

EVOLUSI FESYEN ‘TRACKSUIT’ ARMIE HAMMER: GAYA ATAU PROTES?

Kongsikan artikel ini
1 of 5

Viral saat ini gaya pemakaian ‘all of a sudden’, pelakon kacak Armie Hammer yang kini popular dalam rangka mempromosikan filem Call Me By Your Name, yang turut tercalon dalam anugerah Oscar ke-90 yang bakal berlangsung bulan depan. Kelibat Armie yang memakai tracksuit berjenama Adidas itu menimbulkan tanda tanya netizen fesyen, memandangkan ini pertama kali dirinya berani tampil malah berterusan memakainya hingga ke saat ini. Persoalannya, adakah ini stail terbaru dari Armie? Adakah beliau mahu mengembalikan era kegemilangan fesyen sporty tracksuit yang pernah suatu ketika dahulu popular? Atau adakah beliau sudah atau bakal dilantik menjadi ambassador kepada Adidas?

Jawapannya? Hanya Armie yang tahu! Namun, berdasarkan teori dari Vogue.com, tidak mustahil bahawa Armie mengenakan fesyen ini sebagai tanda protes atas kegagalannya merangkul sebarang pencalonan untuk anugerah Oscar dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Call Me By Your Name. Jelas Vogue lagi, ramai yang mengharapkan namanya turut tersenarai – including himself! Apatah lagi co-starnya, Timothée Chalamet, tercalon untuk kategori utama, Pelakon Lelaki Terbaik. Mungkin tracksuit ini adalah cara Hammer untuk mereda dan melupakan ‘kesedihan’ yang diharunginya dengan tampil lebih kasual dan bersahaja. Either way, he does look good in these tracksuits! Tercalon atau tidak, Armie tetap ‘menang’ dalam hati peminatnya.

Bercakap tentang pemakaian tracksuit, ini dia beberapa tip terbaik yang boleh anda amal dan gayakan, just like Armie!

1 of 5

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut