Skip to content

EVOLUSI STAIL JUSTIN TIMBERLAKE: DARI BOY BAND KE SUIT & TIE

Kongsikan artikel ini

Semalam (hari ini waktu antarabangsa), tanggal 31 Januari merupakan hari kelahiran yang ke-36 bintang pop sensasi dan bekas ahli kumpulan NSYNC, Justin Randall Timberlake atau lebih dikenali dengan Justin Timberlake. Beberapa tahun kebelakangan ini merupakan tahun cemerlang buatnya.

justin-timberlake-suit-and-tie-first-week-sales

Memegang beberapa watak dalam filem blokbuster seperti The Social Network, Friends With Benefits dan In Time, album platinum The 50/50 Experience, serta yang terbaru single hit Can’t Stop The Feeling dan beberapa projek besar lain, standard Justin dilihat kian unggul dan dilihat melepasi ‘piawaian’ sangkaan Hollywood. Looking over these years, GL menyusuri evolusi stail peribadinya yang dilihat semakin tampil kacak serta bergaya merentasi usia.

Justin+Timberlake+ILDPC+Cannes2013+3

DARI DENIM HEAD TO TOE KE SUIT & TIE

Masih ingat suatu ketika dulu Justin Timberlake pernah berpasangan bersama seorang lagi bintang sensasi pop Disney, tidak lain dan tidak bukan Britney Spears. Mereka hadir berdua dalam majlis anugerah American Music Awards 2001 di mana mereka memakai padanan head-to-toe denim yang membuatkan ramai yang mengata dan meragui keseluruhan gaya. Dengan rambut seakan mee segera ternyata gaya peribadinya itu dikecam ramai. Apatah lagi ia seolah satu statement menyatakan mereka berdua adalah ‘couple’, keduanya percaya ia adalah stail yang ‘in’. GL percaya stail dan imej boy band pada era itu membuatkan Justin tidak takut untuk mengenakan apa saja gaya asalkan selesa dan sedap di mata.

GettyImages-76074890

Gaya head-to-toe denim Justin Timberlake dan Britney Spears yang pernah menggegarkan industri fesyen ketika itu.

Time to time, GLAM Lelaki sendiri dapat melihat bagaimana evolusi stailnya berubah mengikut peredaran usianya. He totally gets better with age. Justin sudah mula bijak bergaya selepas berkolaborasi bersama pereka fesyen ternama Tom Ford. Tambahan pula, pada tahun 2014 di awal kerjasama itu, Justin melancarkan album keduanya dan Suit & Tie adalah single pertama beliau. Seakan refleksi akan kematangan dirinya dalam Hollywood, Justin berjaya berubah menjadi ikon rebutan dalam industri fesyen lelaki.

jtlb

(Photo credit: fashionbeans)

US singer Justin Timberlake poses as he arrives on May 11, 2016 for the opening ceremony of the 69th Cannes Film Festival in Cannes, southern France. / AFP / ANNE-CHRISTINE POUJOULAT (Photo credit should read ANNE-CHRISTINE POUJOULAT/AFP/Getty Images)

(Photo credit: Getty Images)

INSPIRASI TOM FORD

Evolusi gaya JT tidak berpusar pada penampilan peribadi tetapi juga dalam bisnes fesyen khususnya. Melancarkan clothing line sendiri diberi nama William Rast, Justin Timberlake terus dilihat tampil bergaya termasuk menjalinkan kerjasama kreatif bersama Ford dalam rekaan pakaian lelaki waktu malam serta banyak lagi, sehinggalah beliau dinobatkan sebagai pemenang GQ‘s Most Stylish Man in America pada tahun 2009. Wow!

Dan kini di usianya yang sudah mencecah 30-an, JT dilihat telah ‘mengasingkan’ imej lapuk boy band kepada imej pemakaian yang lebih matang dan bersederhana. Ini dapat dilihat sewaktu dari masa santai beliau di Cannes hinggalah ketika sesi outing bersama isteri, Jessica Biel di laluan utama kotaraya Hollywood.

jtlb3

Photo credit: fashionbeans

Keseluruhan gaya JT berubah dari zaman muda hingga kini adalah dek hasil sentuhan Tom Ford sebagai grooming master yang berjaya mentransformasikan beliau dari imej pop star ke high fashion superstar. Well done JT! We salute you.

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Februari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut